Felda sudah kering, cash sudah susut, terkejut bekas Timbalan Menteri Tanah dan Kooperasi dahulu bila mendapat maklumat tersebut baru-baru ini dan beliau menyatakan ini semua kerja yang sedang dirancang oleh kepimpinan negara .
Tadi semasa perbahasan juga Ketua Pembangkang ada menyebut pasal ketamakan kerajaan untuk membangun hartanah milik kerajaan sekarang ini saperti di Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi, Tanah Kampong Baru , Kawasan Sentul yang sedang dalam pembangunan dan apa yang sedihnya yang dapat tak lain dan tak bukan adalah mereka yang sudahpun bilionair dan dekaaaat dengan kepimpinan negara dulu dan kini.
Nama-nama yang disebut yang mendapat ganjaran dan habuan itu macam pernah kita dengar banyak kali sebelum ini dan itulah juga yang disebut tadi pun. Maknanya orang itu dan itulah yang sering mendapat habuan, sampai bila pun kita tak tahu lah.
Bebalik kepada Felda tadi, mengikut bekas Timbalan Menteri Tanah dan Wilayah tadi, dulu Felda ada cash sebanyak RM 4.5 billion, tetapi la ni dah susut kepada RM 200 juta . Tu yang dia terkejut beruk tu, apa yang dia hairan sangat, bila dah jadi macam tu, barulah sibuk nak jual bon, nak tampung balik la tu, kesian kawan kita kat Felda sana, duduk berpuluh tahun hutang tak habis-habis bayar, ada yang tuan empunya dah mati dah, tapi tanah masih tak dapat hakmilik sesetengah kawasan tu. Maknanya sampai matilah depa tu akan duduk menumpang atas tanah tu yang entah bila akan jadi hak milik , agak selagi BN jadi pemerintah Malaysia ni la kot.
Selalu juga ana dengar keluhan mereka yang dah agak lanjut usia ni, setiap kali datang masa kemoen pilihanraya, maka masa itulah mereka digembirakan dengan berita tanah dah nak bagi hakmilik dah, pak cik jangannbimbang, tapi lepas je menang, tak nampak pun gerannya, itulah keluhan mereka yang tinggal di Felda ni.
Apabila bekas Timbalan Menteri yang dedahkan ini, maka jelaslah apa tujuan maka PM begitu sibuk nak menjaga Felda yang begitu luas diseluruh negara, kerana ada matlamat dan tujuan lain rupanya, dan kita rasa apa yang disebut oleh Dato' Idris Jala tu memang boleh diterima , tapi bukan pasal subsidi, tapi pasal muflis, kalaulah macam ni punya pentadbiran negara, memang boleh jatuh muflis bahkan belum 1029 pun , bahkan lebih awal lagi.
Tengok la, apa berlaku pada Sime Darby, rugi sampai 1.6 billion, masa dok satu-satu dulu, Golden Hope, Sime Darby dan Gutrie tak pernah dengar berlaku macam ni pun, bila gabung ni makin banyak cerita pula kita dengar ini, adakah ini kesan 1 Malaysia atau kesan daripada nasihat APCO pa?.
Nasib lah Labu, kalau orang macam ni lagi perintah Malaysia, boleh bangkrap sungguh Feldan bahkan negara.
Monday, June 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment