Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 14, 2010

Al Fatihah buat Allahyarham Ust Hassan Shukri.

Dari Allah beliau datang, kepada Allah beliau kembali.

Itulah sunnahtullah, tengahari tadi, kembalinya kerahmatullah seorang lagi pemimpin PAS yang banyak berjasa kepada parti dan beliau merupakan arkitek kepada pembangunan Taman Melewar sebagai markas tarbiah PAS sekian lama dan menjadi tempat berlangsungnya muktamar PAS untuk kesekian kali sebelum beralih ketempat lain mutakhir ini termasuklah di Kompleks PAS Kedah Batu 9 dan di Putik , yang kali terakhir dibuat hujung minggu ini .


Allahyarham juga turut menghadiri Muktamar pada kali ini di Putik dan Ulamak di MADU serta beliau juga merupakan artiket atau tokoh perlembagaan PAS yang membawa perlembagaan didalam dada beliau, sebut apa juga cerita pasal perlembagaan PAS, maka pasti beliau ada jawapan didalam dadanya. Beliau jugalah yang merupakan arkitek kepada undang-undang pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru dilancarkan di Klang tempuh hari oleh Dato' Seri Presiden.

Beliau juga adalah Ahli Majlis Syura Ulamak dan juga bekas Senator dan menjadi semacam Penghulu di Taman Melewar kerana beliau tinggal didalam kawasan markas tarbiah PAS tersebut berjiran dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Ust Nakhaei Ahmad.

Yang manisnya dalam perjuangan beliau adalah beliau merupakan antara bekas pemimpin PAS yang masih bersama PAS ditatkala perjuangan Dato' Asri Hj Muda hingga kini tidak berganjak diatas landasan perjuangan walaupun ada ramai diantara sahabat beliau yang cabut lari meninggalkan jamaah.

Moga Allah mencucuri rahmat keats rohnya dan menempatkan beliau bersama aulia dan solihin, Insyaallah.


No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.