Satu lagi kejutan yang belum pernah terfikir oleh para ulama dalam negara kita hari ini muncul dalam berita terutama versi internet, lepas ni nak tenagok apa komen kalau ada ulama dalam UMNO pulak, apa depa nak kata pasal Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz galakkan wanita muslimah kita menghadiri masjid untuk tunaikan sembahyang Jumaat pula. Selama ni pun, kalau kita lihat banyak masjid yang legang bila tiba waktu Jumaat terutama diluar bandar , ana rasa kalau digalakkan Muslimat pergi sama, rasanya mau sendad masjid dengan jemaah lepas ni.
Kalau bandar besar tu, jangan lah lihat masjid lengang, tapi kalau pi hujung bandar sikit, suasana ini boleh kita temui.
Beliau kata , kalau wanita dapat bersama dalam majlis tu, bolehlah dengar apa yang tok khatib baca didalam khutbah, maknanya khutbah tu mestilah yang berisi bernas, dan buan setakat hanya suruh macam banyak sayuran dan buah-buahan serta cuci tangan sebelum makan macam yang pernah ana biasa dengar sebelum ini.
Cuma satu yang mungkin agak sukar dikawal , satu tabi'at wanit ini adalah suka bersembang dan berbisik , kerana salah satu daripada kesalahan dalam masa berkhutbah, yakni bila khatib membaca khutbah, makmum kena diam dan mendengar, kalau bercakap-cakap makap jadilah jemaah itu lagha ( sia-sia) saja.
Kalau ini dapat dikawal, rasanya insyaallah kalau mana masjid yang lengang tu, boleh jadi sendat lah lepas ni.
Ini satu pandangan yang baik dan kita tunggu reaksi dari masyarakat pula, adakah yang nak kutuk atau hentam idea ni atau nak sokong. Ana rasa apa yang telah Tuan Guru buat di Kelantan, semuanya diikuti oleh kerajaan, idea advance beliau rasanya tidak ada yang tolak lagi, maalainkan yang betul betul bebal.
Lihat arrahnu, lihat cuti bersalin, lihat bulan sembahyang, lihat pesta ibadat dibulan Ramadhan, sampai Menteri Pelancongan pun nak tiru, tapi dia tak nak namakan pesta ibadat, dia buboh nama pesta makanan pulak dah. Memang jenis kuat makan kalau macam ni, nak panggil tok Arab supaya mai Malaysia makan, dia ingat macam orang pi ke Mekah dibulan Ramadhan untuk beribadat, bukan hanya nak pi makan, manteri JAKIM kena didik dia ni, tak boleh biarkan macam ni berterusan.
Saturday, June 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment