Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, June 10, 2010

Alahai MADA



Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, menteri berhubung dengan infrastruktur pertanian ini. Baru dua minggu lepas
kawasan saya dituruni oleh hujan yang lebat, 12 jam sahaja habis sawah tenggelam.
Saya telah berhubung dengan engineer MADA untuk membesarkan saluran. Apa yang
menjadi masalah ialah Lebuh Raya PLUS, PLUS tidak membenarkan MADA untuk
memperbaiki infrastruktur di bawah Lebuh Raya PLUS. Begitu juga dengan GAMUDA
yang membuat double tracking, ini menyekat saliran air. Jadi saya harap pihak
kementerian dapat bekerjasama antara tiga jabatan iaitu kereta api, GAMUDA dan juga
MADA untuk memberi maintenance infrastruktur yang baik kepada petani agar tidak ada
lagi sawah-sawah yang tenggelam hanya dengan hujan yang sedikit.
Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian kepada perkara ini
supaya MADA dapat melakukan kerja dia untuk menolong petani mendapat hasil beras
yang banyak supaya rakyat Malaysia dapat terus hidup. Terima kasih.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya berkenaan dengan perkara ini, kita memang mengambil berat dan
sebenarnya kita telah membuat beberapa kali perjumpaan antara pihak MADA dengan
pihak pengurusan GAMUDA mengenai pembinaan double tracking yang sedang dibina
sekarang ini. Selain daripada itu juga, untuk pengetahuan Yang Berhormat, baru-baru
ini iaitu semalam, saya telah melawat kawasan di sekitar kawasan Yang Berhormat iaitu
di Pendang. Didapati bahawa ada sesetengah pam itu, saya telah melawat sebuah pam
iaitu pam di Alor Tebuan, mungkin Yang Berhormat biasa sampai. Jadi pam itu saya
tanya kepada pegawai MADA, dia kata pam temporary pump house (TPH), jadi
temporary pump house ini telah dibina pada tahun 1978 - temporary pun sudah 30
tahun.
Jadi walau bagaimanapun, kita amat peka, jadi masalah kepada kita ialah
masalah kewangan. Kalau kewangan ini mencukupi, kita akan usahakan supaya
masalah-masalah selain daripada masalah bendang, masalah perataan tanah tidak
DR.9.6.2010 30
sama, masalah terusan dan sebagainya. Masalah-masalah lain pun kita akan cuba atasi
di kawasan-kawasan ini. Terima kasih.

Kalau dah menteri sendiri tahun masalah rakyat, terutama petani, tapi apa usaha yang dibuat selama ini, yang temporary pun sudah jadi 30 tahun, takkanlah nak biar lagi orang yang sama dok tang tu kot. Pengerusi MADA dok buat apa, tak kan setiap tahun nak bayar pampasan berjuta-juta, masalhnya mudah saja, saliran kena jaga, tak percaya pi tengok kat Titi Bom, Jenun atau Bukit Pinang, semak samun penuh, air nak lalu pun tersekat, kalau saliran dia elok, tak la teruk sangat tenggelam, kalau setakat sehari dua padi tak ada masalah aih, ini sampai seminggu kerana air tak dapat jalan , saliran tersumbat, maka mampuih la padi tu. Kesian kat petani, ada yang sampai 7 kali kena tabur semula pun ada, sebelum tabur kena trektor dulu, kalau MADA nak bayar pampasan berapa sangat.
Alasan diberi Menteri tadi, tak ada duit, ha!!! duit pi mana, dengar kata billion, billion, tapi sampai kebawah berapa, nak jaga periuk beras pun tak ada duit ni, nak makan pa lepaih ni? Tunggu pa lagi, bagi kat orang lain pulak la, tu yang Syed Sobri gaduh sangat tu, tak sampai kebawah, tapi kalau sampai pun, hak harga 1 juta jadi 1.5 juta, habis projek nak jalan ikut spek ka kalau macam nih ha.?

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.