Negara akan bangkrap setahun sebelum negra menjadi maju 2020, tarikh keramat Tun Dr Mahathir yang dijaja oleh semua pemimpin negara yang masih jadi menteri atau yang sudah jadi mantan menteri. Tepuk sakan mereka dan melopong mulut mereka mendengar apa yang akan rakyat dapat dan apa nak jadi kepada negara maju Malaysia pada 2020 nanti tuh.
Tetapi bila bekas orang kuat di Shell dan MAS kata kalau terus tolong rakyat dengan memberikan subsidi , jangan harap nak maju tetapi negara akan jatuh bangkrap sebelum jadi maju, maka sekelian rakyat terkejut beruk lah ketika itu, pasai pa kalau tolong rakyat dengan teruskan subsidi negara nak jatuh bangkrap pulak.
Ramai juga yang beri pendapat serta pandangan yang agak syok didengar tetapimungkin sukar nak dilaksanakan selagi puak ini yang pegang kunci khazanah negara, yang nak habis duit tu bukanlah kerana komisyen yang berlebihan, bukankah kerana rasuah yang berpanjangan, bukankah kerana segala macam taburan wang dan projek yang tak masuk akan bila saja berlaku pilihanraya kecil sana dan sini, bayangkan kalau satu PRK sudah luak kantung negara 200 ke 300 juta, apa akan jadi kalau banyak lagi PRK nak diadakan nanti. Walaupun janji, tetapi yang pasti ada komisyen dan orang yang akan jadikannya sebagai sumber nak kaya segera.
Kenapa konsep cerita lagenda Robin Hood yang kita baca dulu masa kecil tak hendak dijadikan sedikit pengajaran kepada kita sebagai pemimpin negara , ambil dari yang kaya beri kepada yang miskin, bukan sebaliknya?
Ana tertarik membaca apa yang disebut disini.!!
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment