Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, June 11, 2010

Ziarah dipenempatan banjir.


Kesempatan malam ini, ana bersama Imam Masjid Sultanah Haminah Tanjong Radin , Tuan Hj Mohd Nor dan Saudara Shukri Ismail melawat mangsa banjir yang dipindahkan sejak Isnin lalu di Kompleks Rakan Muda, Banggol Besi Pendang selepas hujan lebat melanda daerah ini dan negeri Kedah pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Ana tinjau tadi, terdapat 14 keluarga yang dipindahkan disitu dengan jumpa penghuni seramai 54 orang, kebanyakan mereka yang mendiami tepi Sungai Pendang dari Kpg Hampar Kanan, Kpg Sukamari, Pondok Hj Hussin, Banggol Besi dan Kpg Alor Punti.
Walaupun paras air nampaknya sudah surut, tetapi langit disebelah huluan sungai nampak masih gelap dan jangkaan bahawa hujan kemungkinan akan turun semula sehingga hari Ahad mengikut kajicuaca. Paras air di Sungai Chegar dan Pendang hari ini berada pada tahap yang tidak membimbangkan, dan kita berharap ia akan terus kembali baik dan semoga mereka dapat kempbali semula kerumah mereka dengan kaddar segera insyaAllah.

Ana sebenarnya baru mendapat tahu yang mereka ini dipindahkan setelah balik dari sidang parlimen selepas mendengar pembentangan RM 10 oleh YAb PM hari Khamis kelmarin.
Setelah diberitahu kawan-kawan, kesempatan malam tadi ana luangkan masa untuk bertanya khabar mereka . Walaupun mereka merupakan orang yang sama berpindah setiap kali hujan dan banjir di Daerah Pendang ini, rasanya ada juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rumah yang dinaiki air dan ada juga ternakan dan tanaman yang rosak dan mati.
Apa yang boleh kita buat malainkan mengajak bersabar dan menerima dugaan ini dan usaha memang sedang dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri didalam memberikan penempatan baru kepada mereka dikawasan yang jauh daripada masalah banjir Insyaallah, cuma masa dan peruntukan yang akan menentukan bila ia dapat dilaksanakan.
Dalam setiapkal kali perbahasan ana baik semasa titah diraja atau perbahasan belanjawan, ana sering menyetuh tentang janji bekas PM yang lalu RM 27 juta bagi Daerah Pendang untuk mengatasi banjir , tetapi bari ini kalau ditinjau di kawasan Kubang Pisang dan Titi Haji Idris termasuk Sungai Mati , pihak JPS ada membuat kerja-kerja membaiki tebing dan mendalamkan sungai, dan kita sama-sama berdoa muga usaha ini akan dapat mengurangkan masalah banjir disekitar Sungai Pendang dan Chegar dan akan dapat mngurangkan kerusakan padi dan tanaman lain dikawasan sekitarnya.
Apa yang diharapkan juga agar kawasan yang menjadi laluan air yang sekarang ini disekat oleh pembinaan landasan berkembar juga perlu diberi perhatian oleh MADA dan Gamuda agar tidak lagi berlaku keusakan tanaman sampai dua tiga kali dalam semusim. Bahkan ada ana dengar ada petani yang terpaksa menabur benih dan membajak semula sawah mereka sampai 7 kali satu musim kerana ditenggelami banjir.

Harap pihak berkenaan dapat membuat kerja dengan betul, kerana kita tahu Pengerusi MADA sedang sedang bergelut dengan YB Menteri dari Sempurna kerana telah mengambil alih jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Kalau pun nak berkelahi antara mereka berdua pasal Pengerusi negeri, janganlah abaikan tugas sebagai pengerusi MADA yang kena jaga petani dan sawah padi ini. Kalu rosak sawah, maka kuranglah hasil padi negara nanti. Takkanlah MADA asyik nak bayar pampasan gantirugi sahaja setiap tahun apabila berlaku banjir, lihatlah sama saliran MADA yang selalu tersangkut dek tumbuhan didalam saliran MADA tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.