Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Menteri telah menjelaskan bahawa salah satu peranan dan tanggungjawab imigresen adalah
untuk memantau kemasukan warganegara asing ke dalam negara dan dilihat khususnya
daripada aspek keselamatan dan juga ancaman kepada negara.
Sudah tentulah untuk mencapai matlamat ini kerajaan memerlukan satu pangkalan data
yang cukup terurus dan lengkap bagi memantau pergerakan warganegara asing ke dalam
negara kita. Persoalan yang ingin saya lontarkan ialah apakah imigresen juga setelah memiliki
pangkalan data yang lengkap dan sempurna, diberikan kuasa dan tanggungjawab untuk
memadam atau menghilangkan pergerakan mana-mana warga asing ke dalam negara ini?
Persoalan ini penting kerana maklumat awal yang kita peroleh, pihak imigresen telah pun
memadamkan dan menghilangkan pergerakan seorang warganegara asing yang bernama
Altantuya.
Sekiranya ini berlaku saya ingin mengetahui apakah bidang kuasa imigresen untuk
memadamkan pergerakan keluar masuk Altantuya ke dalam negara Malaysia? [Tepuk] Sekiranya
ini berlaku, Yang Berhormat Menteri tidak perlu tengok sebelah kirilah, tengok Tuan Yang di-
Pertua, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap mana-mana individu yang
bertanggungjawab menghilangkan rekod perjalanan Altantuya ke dalam negara ini? Terima
kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Hujah Yang Berhormat Gombak dengan
ceramah yang dibuat di Gombak pun lebih kurang sahaja sama ada di Parlimen atau tidak.
[Ketawa] Ini sekali lagi Tuan Yang di-Pertua merupakan soalan tambahan yang berunsurkan
politik..
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: We don’t double speak.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Bukan satu perkara yang baru dan kita
telah pun menafikan kalau ada maklumat tambahan, ada maklumat yang perlu kita kaji siasat. Ini
siasatan awal yang disebutkan tidak ada kena mengena dengan apa yang merupakan soalan
asal kita tadi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apakah Yang Berhormat Menteri menafikan
bahawa rekod sudah hilang?
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Bawa bukti dan kita akan siasat.
DR. 7.6.2010 19
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apakah pendirian kementerian? Apakah
rekod itu masih ada?
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Bukti dalam mahkamah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Nyatakan dalam Parlimen. Saya tidak mahu
ceramah di Gombak. Saya minta Yang Berhormat Menteri nyatakan di dalam Parlimen apakah
kementerian menafikan bahawa rekod perjalanan Altantuya masih kekal?
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Yang Berhormat, berhubung kait dengan
apa yang dibangkitkan Yang Berhormat, sebenarnya telah pun dibangkitkan oleh Yang
Berhormat sebelum daripada ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tidak mengapa. Saya hendak...
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Kita telah pun membuat jawapan
berhubung kait dengan perkara ini...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Dewan riuh] Saya hendak jawapan bukan
soal berapa kali saya bangkitkan. Saya hendak jawapan apakah benar...
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Yang tidak ada kena mengena dengan
soalan asalnya tadi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apakah benar rekod Altantuya sudah
dipadamkan?
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Kalau sekiranya ada kaitan dengan
soalan asal...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat Menteri tidak beri jawapan
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Jawapan Tuan Yang di-Pertua? [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak boleh memaksa kepada
siapa untuk memberi jawapan seperti mana yang dikehendaki oleh penyoal. Itu semua jelas, dan
yang jelas lagi kalau ada pertanyaan seperti begitu yang dijawab dengan sedemikian, jangan
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain campur hal kerana apabila Yang Berhormat campur hal maka
saya pun kena campur hal. Apabila sudah saya campur hal seperti ini ada Yang Berhormat yang
kurang senang kerana speaker selalu membebel. Akan tetapi kalau Yang Berhormat sendiri yang
membebel siapa yang tegur?
Kalau anda berada didalam dewan ketika itu, boleh lihat sebelum menjawab soalan YB Azmin, Menteri dalam negeri menjeling PM yang juga kebetulan berada dalam dewan ketika itu untuk membawa usul mengutuk Palestin.
Tuesday, June 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment