Baca yang ni dulu, lepas tu kita lihat apa sebenarnya yang terjadi didalam negara.
Hari Isnin , 7 Jun 2010 Parlimen Malaysia luluskan usul yang di bawa oleh YAB PM 1 Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejahatan Yahudi israel menyerang dan membunuh rombongan orang awam untuk mwmbantu rakyat Gaza yang disekat daripada mendapat segala macam keperluan untuk hidup saperti manusia lain, wakil daripada pelbagai parti komponen BN dan pembangkang di Parlimen bangun berucap , akhirnya diluluskan sebulat suara usul tersebut, maka terpampanglah didalam akhbar baik cetak maupun internet yang dapat dilihat dan dibaca seluruh dunia, tiba-tiba pada 8 Jun 2010, bertempat di Dewan di Taman Bolton , Batu Caves, polis Malaysia dibawah kementerian sepupu YAB PM telah menahan 4 orang pemimpin PAS dengan alasan menggangu penjawat awam menjalankan tugas kerana mengadakan ceramah menentang Yahudi dan Judi disitu bersama pemimpin pakatan dan mangsa kapal Mavi Marmara yang diserang oleh Yahudi laknatullah tu.
Nampak benar kepada mangsa serangan Yahudi diatas kapal Mavi marmara ini sebagai semacam ada persamaan antara apa yang mereka kena diatas kapal dengan apa yang berlaku malam tadi di Taman Bolton tersebut, nak lawan Yahudi , nak bela rakyat Palestin Gaza, ada yang marah. Kalau di Israel memang dah jelas sebab kemarahan mereka, tetapi kalau di Malaysia, di Batu Caves di Negeri Selangor pula tu, adakah ini adalah atas nasihat penasihat agong mereka yang bernama APCO yang mengarahkan begitu?
Rakyat juga agak hairan apabila berita yang berlegar di Pelabuhan kita , saperti yang disebut didalam Parlimen juga pada 7 Jun, masih ada kapal yang berbenderakan negara haram Israel berlabuh di pantai kita menghantar barangan , apakah secara diam-diam kita masih mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel ini?
Dimana kita sebenarnya, satu tangan mengutuk mereka, satu tangan lagi memberi kebenaran mereka membawa masuk barangan untuk diperdagangkan, bila rakyat bangun menentang, rakyat itu yang kita tangkap, ikhlaskah kita atau hipokritkah kita?
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment