Nampaknya bom jangka yang dipasang sendiri oleh mereka akan meletup bila-bila masa. Lebih 1.5 juta kenderaan telah dilibatkan dengan kes tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan kerana saman ekor. Ada yang mengeluh kepada ana dah 5 tahun peristiwa berlalu, baru sekarang mereka tahu bahawa kereta tersebut terkena saman ekor, padahal mereka dah jual kereta tersebut , bukan lagi milik mereka dan bukan mereka yang pandu, macamana nak bayar padahal mereka membeli kereta itu secara second hand dari orang lain.
Kes macam ini pernah berlaku dan dah dibawa kes tersebut didalam Mahkamah dan diputuskan oleh Mahkamah di Sarawak bahawa pihak JPJ tidak berhak menahan daripada kenderaan tersebut untuk diperbaharui cukai jalan. Sebenarnya kerajaan akan menghadapi kekurangan hasil cukai jalan sebagai sumber pendapatan negara , bayangkan kalau 1.5 juta kenderaan tak boleh diperbaharui, berapa banyak sebenarnya yang kerajaan rugi hanya semata-mata nak kutip saman walhal ianya hanya satu kesalahan dan melanggar keputusan mahkamah. Kes itu boleh disemak disini.
Disamping itu, kerajaan njuga mungkin akan mendedahkan pegawai atau mereka terlibat melakukan satu lagi kesalahan iaitu menggalakkan rasuah sekiranya tidak dapat diperbaharui dan kenderaan itu terpaksa juga berjalan dengan tiada cukai jalan, akhirnya akan bertemu pegawai dan disini berlakulah apa yang diperlakukan melalui bawah meja nanti.
Apa yang menyedihkan, banyak saman ekor ini kena pada jalan yang hanya menghadkan kelajuan 90 km/jam , yakni kalau pandu lebih daripada itu, kena saman ekor dan terpaksa bayar beratus ditambah dengan insuran dan kos road tax itu sendiri, maka sudah pasti ianya cukup membebankan rakyat marhaein sekarang ini, dah lah harga minyak pun dinaikkan baru-baru ini.
Memang kalau kita pergi kebawah, peringkat rakyat kebanyakan, memang perkara ini menjadi salah satu diantara bom jangka yang bakal meletup dalam masa terdekat ini .Rakyat begitu terdesak dengan kos baranagan yang meningkat disaman saman menyaman yang membebankan ini dalam suasana mereka terpaksa menggunakan kenderaan untuk kerja seharian. Apakah ini dirasai oleh pak Menteri ? Sudah tentu tidak, mereka tak pernah pun tahu berapa harga baranagan runcit seharian kerana semua makanan mereka bahkan alat solek isteri mereka pun rakyat yang subsidikan, bahkan cuti mereka keluar negara pun rakyat yang tolong bayar melalui cukai yang dikenakan.
Diharap prihatinlah dan rationallah kepada rakyat terbanyak.Ini lah agaknya yang sering dilaung-laung oleh PM 1 Malaysia ni, rakyat didahulukan dalam memerah duit dan mengenakan bebanan.
Monday, August 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment