Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, August 3, 2010

Tamatkan saja MB , kami sokong aih.

8. Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah menyatakan, berapa jumlah peruntukan yang diberikan kepada KEDA untuk
membayar elaun JKKKP di Kedah pada pembayaran elaun bagi tahun 2008 dan 2009.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Dato’ Haji Hasan bin
Malek]: Waalaikumussalam. Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat daripada
Pendang. Soalan yang begitu straight forward. Untuk makluman Yang Berhormat penyaluran
elaun-elaun bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau
pendekkan kepada JKKKP Negeri Kedah adalah diselaraskan melalui Pejabat Pembangunan
Negeri (PPN).
Manakala Lembaga Wilayah Kedah (KEDA) hanya berperanan sebagai agensi
pembayar. Soalannya pada tahun 2008 keseluruhan elaun JKKKP Negeri Kedah berjumlah
RM15,375,051 dan telah dibayar melalui PPN Negeri Kedah. Pada tahun 2009 jumlah
keseluruhan peruntukan elaun JKKKP negeri Kedah adalah sebanyak RM27,565,207. Daripada
jumlah itu hanya sebanyak RM4,970,400 disalurkan dan dilaksanakan melalui KEDA. Terima
kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Memang kita tahu KEDA ini sebuah agensi pusat yang berada di 89%
kawasan di negeri Kedah. Apabila saya semak fungsi KEDA sebenarnya untuk pembangunan
sama ada pertanian, perumahan, industri dan juga perniagaan yang memerlukan pemantauan
secara berterusan.
Dalam seksyen 4(4), Akta 249 ini disebut ia hendaklah mendapatkan – “The Lembaga
shall, before discharging any of its functions, first consult the State Government in all matters
involving developing planning.” Maknanya setiap perkara yang hendak dilakukan mesti melalui
perundingan dengan kerajaan negeri. Senario yang saya hendak bawa adalah seorang yang
memohon perumahan daripada KEDA telah diluluskan. Lembaga KEDA telah meluluskan dan
Pengarah KEDA telah pergi dan mengatakan kalau hendak buat rumah kena robohkan dahulu
DR. 15.4.2010
20
rumah dia. Nama dia Mohd Sobri bin Rotin di Kampung Telok Yan. Apabila dirobohkan kontraktor
sudah datang membawa bata dan juga batu serta pasir tetapi ada tangan-tangan, saya tidak tahu
itu yang saya tanya berhubung dengan JKKKP tadi ini. Ada tangan-tangan yang di atas
menghalang kontraktor membuat rumah sampailah enam bulan, sehingga sekarang dia masih
belum lagi mendapat rumah tersebut.
Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan jawapan berhubung dengan
masalah ini, kerana dia merupakan rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan daripada pihak
KEDA. KEDA telah meluluskan dan kalau KEDA tidak meluluskan itu lain cerita. Ada tangantangan
lain mungkinlah Pengerusi KEDA Negeri Kedah ini dia hendak ambil alih daripada Menteri
agaknya saya tidak tahulah. Itu cerita-cerita politik saya tidak mahu bincanglah. Saya berharap
pihak kementerian dapat memberi jawapan berhubung dengan siapakah yang lebih berkuasa di
antara JKKKP ini dengan pegawai-pegawai KEDA yang menjalankan tugas yang diamanahkan
oleh pihak kementerian? Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya memikirkan
tadi soalannya banyak tertumpu kepada JKKKP, tetapi dikaitkan juga dengan KEDA. Oleh kerana
itu saya sebenarnya bagi pihak kita, kita senantiasa mengambil pendekatan untuk berbincang,
berunding dengan pihak kerajaan negeri. Misalnya kedudukan KEDA ini sendiri di negeri Kedah.
Sudah ada tempoh tamat dan sekarang ini kita telah mengadakan perundingan dan keputusan
akan dibuat bermaksud kita sepanjang masa sentiasa mengadakan perundingan ini.
Berkenaan dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Pendang mengenai
seksyen 44 itu jelas pada saya. Begitu juga dengan keadaan permohonan-permohonan
perumahan yang disalurkan melalui KEDA ini pun kalau ada satu kes spesifik yang tertentu,
sudah lulus kemudian ada tangan-tangan lain saya hendak beritahu tangan mana yang
mengganggu ini? Ini sebab kalau ada bukti yang jelas, tidak apa, nanti duduk dahulu.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya minta kajilah.
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Nanti dahulu. Kalau misalnya cukup bukti-bukti jelas
maklumkan kepada saya, insya-Allah kita akan bertindak tegas sebab kita tidak hendak tangantangan
belakang ini. Yang belakang-belakang kita tidak mahu. Kita hendak benda yang di
hadapan kita. Kalau cukup bukti insya-Allah saya akan membantu Yang Berhormat untuk
menyelesaikan masalah tadi. Terima kasih.

Sebut pasal KEDA ni, saperti yang YAB MB Kedah kata tu, ana rasa kalau pihak pusat ketegak sangat tak mau ikut perjanjian 249 tu, maka elok kita batalkan saja. Nak kata pun depa memang duduk dalam negeri Kedah, 89 % kawasan negeri Kedah di concure oleh KEDA , maka mana boleh wakil kerajaan negeri tak ada dalam Lembaga Pengarah, ni sudah melampau ni.
Ana dah beberapa kali bahas dalam parlimen pasal KEDA ni kerana nampaknya depa ni ekk sangat, naik tocang seolah-olah KEDA tu depa boleh buat macam harta BN/UMNO , hak mak bapak depa.
Dulu ada beberapa orang yang mohon rumah KEDA di Tanjong Setol, Jenun, dah dipanggil kursus induksi di Pusat Lathan Keda, Sik, tapi bila sampai nak serah kunci rumah, tiba-tiba nama depa digugurkan daripada senarai yang dipilih pegawai KEDA, dalam dewan ana sebut ADUN BN yang gugurkan hasil maklumat yang ada perolehi daripada penduduk yang pohon , ana minta menteri siasat dan jawab kedalam dewan, dah 2 kali ana ungkit, sampai la haram pun tak jawab.
Jadi kalau MB kata nak tamatkan perjanjian, ana sokong 120 %, biar depa nganga sikit, dok buat macam-macam aniaya kat rakyat padahal rakyat tu lah yang support dengan berbagai jenis cukai yang dibayar.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.