Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, August 4, 2010

Hai , cuti tiba-tiba ni? apa hal.

Negara 1 Malaysia senyap sunyi seketika kerana ketiadaan PM. Beliau dengan mengejut telah bercuti daripada 28 Julai hingga 10 Ogos nanti. Gerangan kemana beliau pergi, tidaklah diberitahu kepada rakyat. Lazimnya menurut kebiasaan yang berlaku kepada PM yang lalu, bila nak bercuti dah diberitahu awal-awal sekian haribulan nak bercuti dan siapa yang akan memangku kerana tugas PM adalah satu tanggungjawab yang berat dan memerlukan serahan amanah yang perlu dipikul oleh orang lain , biasanya TPM lah yang memangku tugas tersebut.
Beberapa persoalan mungkin timbul dalam benak pemikiran rakyat dengan cuti tergesa-gesa tersebut , mungkin kerana serabut dengan suasana yang berlaku dalam negara yang tak habis-habis memeningkan kepada semua orang, mengkin kerana hendak menjawab kes siasatan polis Perancis darihal komisyen kapal selam scopene, mungkin hendak jumpa dengan pakar strategis beliau daripada APCO tentang PRU ke 13 , atau mungkin hendak lari daripada kemelut kejatuhan FDI negara yang ,ebih rendah daripada Philiphina , atau mungkin kerana masalah perbicaraan kes Liwat II yang memasuki satu penemuan baru dan pengguguran DPP yang ada hubungan dengan Saiful atau mungkin hanya PM kita nak makan angin dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh subsidi daripada rakyat , maklumlah kalu tunggu lama-lama nanti 2019 negara bangkraup tak merasa pula subsidi rakyat pula.
Bahkan ada juga yang menyatakan sebab beliau cuti mengejut adalah kerana sedih dengan kenaikan harga gula dan minyak serta gas yang tiba-tiba diumumkan selepas sidang perbahasan di parlimen, sehingga semua terpinga-pinnga dan beliau sendiri tak boleh nak beri alasan kenapa ianya boleh terjadi padahal Menteri Pengguna baru saja janji bekalan cukup dan peruncit kena ambil lesen peruncit kalau nak jual gula , bahkan kalau tak mau pergi pejabat, pegawai akan turun beri lesen tersebut, janji gula ada , tup-tup naik harga, pening la PM, tu yang pi cuti untuk hilangkan pening tu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.