Mungkin sekarang sudah pentadbir negeri Malaka boleh mula mendaftar untuk masuk kedalam Guiness Book of World Record bagi negeri bersejarah 1Malaysia iaitu Melaka yang mana KM dia telah membuat keputusan yang mungkin akan menggembirakan anak-anak murid di Melaka yang ketelanjuran bercumbuan sehingga menjadi bakal ibu , tetapi apakah ini juga akan diberikan keistimewaan juga kepada bakal bapa nanti?. Mungkin kalau nak sebut negeri pertama disebelah kita ini yang mengadakan sekolah khusus untuk mereka yang mengandung anak yang tidak berdosa hasil dari kerja buat mak bapak yang penuh dengan maksiat dan dosa yang cukup besar iaitu menghasilkan zuriat dengan jalan yang amat ditegah oleh agama Islam.
Siapa yang akan bertanggungjawab untuk mendidik dan mengendalikan persekitaran sekolah yang dipenuhi dengan bakal ibu yang tidak sepatutnya ini nanti, apakah dengan adanya sekolah ini akan menjadikan gejala mungkin ini dapat dibendung dan apa yang akan terjadi kepada sianak yang tidak berdosa hasil ibu bapa yang tidak sah ini?.
Bagaimana pula akan terjadi kepada masyarakat mungkin 10 atau 20 tahun akan datang terhadap anak-anak yang bakal membesar dan menjadi remaja kelak, dimanakah nanti suasana masyarakat kita , apakah akan meniru keadaan masyarakat dibarat dimana anak-anak yang sebegini sudah memenuhi setiap pelusuk yanahair mereka ?.
Nampaknya keadaan ini pasti akan berlaku dan inilah yang sering dibimbangi oleh ibu bapa kita masa lalu akibat daripada gejala sosial yang sudah menular dan tidak terkawal kini. Program dan pesta liar yang dianjurkan oleh berbagai pihak yang mengenepikan asas ajaran agama, bahkan kalau ada yang menentang dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, tetapi bayangkan kalau sudah sampai ketahap terpaksa buat sekolah khas untuk murid mengandung, apakah ini bukan satu musibah yang ditempah sendiri oleh kita agaknya?. Apakah nasihat ulama dan ahli agama itu tidak pun memberi satu bentuk benteng pertahanan keatas mengekat gejala dan budaya jahat anjuran syaitan ini.!.
Kita cukup bimbang, apa yang berlaku ini sudah lama diajar oleh Rasulullah saw, 'setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api negara lebih layak baginya'. Tetapi dimana kita sebenarnya, sebagai ibu bapa sekelian, dari mana sumber rezeki kita yang disuap kemulut anak isteri kita, adakah hasil rasuah, tipu, pembohongan didalam tugas atau curi tulang, tidak menjalankan amanah didalam tugas, memakan harta orang lain dengan cara menipu ?. Sekiranya apa yang diberi makan anak isteri dari sumber yang haram itu, maka sudah pasti ia sedang menempah jalan kearah api negara untuk mereka ,kerana didalam penghidupan mereka ada saja perkara yang dibuat nanti sudah dijanjikan balasan saperti yang disebut oleh rasulullah tadi.
Oleh sebab itu, keinsafan perlu ada pada punca rezeki yang hendak diberikan kepada anak-anak dan isteri. Kalau kita ingat kembali sejarah ibu bapa kita dahulu mencari rezeki, mereka dari pagi hingga kepetang mengerjakan sawah atau menoreh getah dari satu pokok kesatu pokok dengan tekun, untuk mendapat rezeki yang halal walaupun sedikit, tetapi halal, bahkan terpaksa bergolok bergadai , tak dapat hidup didalam keadaaan mewah, cukup hanya untuk makan pakai, untuk membesarkan anak dan isteri, sebab itulah tidak banyak gejala sosial dan maksiat yang memeniungkan saperti sekarang ini, hinggakan sekearap dipokok pun dicuri, kabel telefon ditiang pun dikebas, dah tak kira lagi halal ke, haram ke duit hasil jualan barang curi tersebut, terus digunakan untuk membeli makanan , elbih malang lagi kalau digunakan untuk membesarkan anak isteri, pasti generasi ini nantilah yang akan menempah apa yang disebut oleh rasulullah sebagai ' api negara lebih aula bagi mereka.
Harapan kita agar jadikanlah Islam sebgai panduan hidup kita, Alquran dan sunnah sebgai pedoman kita, ulamak sebagai pembimbing kita, insyaallah kita tidak akan tersesat dan selamat didunia dan alam baqa yang kekal selama-lamanya kelak insyaallah.
Harap jangan jadikan sekolah murid mengandung di Negeri bersejarah dengan sejarah ini tidak akan menjadi alasan untuk bertambahnya nanti jumlah mereka yang akan menambah rakyat negara ini dengan golongan manusia sebegini, ada ibu tiada bapa.
amin.
No comments:
Post a Comment