Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, August 1, 2010

Kereta milik Mohd Hafiz Yasin, dari Pokok Assam.


Tahniah kepada saudara Mohd Hafiz Yasin yang telah memenangi sebuah kereta Proton Iswara didalam cabutan bertuah bonanza Karnival Riang Ria di Pendang malam tadi.
Ribuan pengunjung membanjiti dataran stesyen bas Mara Pendang untuk melihat cabutan nombor bertuah hasil daripada jualan hampir 1 bulan karnival riang ria ini yang berlangsung disini.


Tempat kedua yang membawa pulang hadian sebuah motosikal Demak adalah En Mat Zuki Talib dari Lubuk Merbau.

Ana mengucapkan tahniah kepada penganjur karnival ini yang telah sering mengadakan karnival sebegini sebelum ini dan ini adalah kali kedua mereka mengadakan hadiah berupa kereta sebagai cabutan bertuah bonanza.

Disamping hadiah yang disediakan, peserta karnival juga sering membawa anak-anak yatim dikawasan yang mereka mengadakan karnival untuk menerima sumbangan daripada peniaga yang rata-rata terdiri daripada anak muda yang aktif menjalankan perniagaan , dan selepas ini mereka akan bergerak pula menuju ke Padang Serai disepanjang Ramadhan nanti.

Cabutan bertuah malam tadi berakhir sehingga jam 1.30 pagi.
Kepada Pengurus En Zaini ana ucapkan tahniah atas usaha membimbing belia ini dan semoga terus berjaya dimasa hadapan Insyaallah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.