Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, September 14, 2010

Awas pertuturan anda!.

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Oleh SALWA SHA'ARI

Shahrizat (kanan) menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.
Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Ana menyeru kepada Menteri sorang ni agar lebih berhati-hati lagi didalam membuat ucapan atau menjawab temuramah kepada pemberita, takkan ada siksaan dan balasan bagi dosa ini yang lebih ringan daripada neraka Allah yang dijadikan untuk manusia yang tidak beriman atau orang beriman yang melaakukan dosa besar yang dibalasi dengan azab yang amat pedih iaitu api neraka, tidak ada yang lebih pedih dari azab neraka wahai menteri ooi, janganlah kata neraka pun tak boleh terima orang macam ini punya jenayah dia.
Kalau boleh menteri ini kena belajar sikit lagi lah dengan mana-mana tuan guru, atau boleh suruh ulama muda ajar sikit, perbetulkan sikit perkataan dia sama dengan tolong ajar dia perbetulkan sikit tudung dia agar menjadi benar-beanar tudung seorang muslimah.
Kalau Yb Menteri nak tahu betapa azab dan pedihnya azab neraka, boleh baca dan semak didalam Alquran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang kepedihan siksaan api neraka allah dan juga siksaan azab yang dirasai mereka sehingga apabila hancur kulit, akan tumbuh semula dan makanan mereka adalah buah zakkum yang apabila ditelan akan hancur luluh habis isi dan daging badan serta minuman pula adalah besir panas yang dilebur, setiap kali hancur akan tumbuh semula daging tersebut untuk menerima betapa azabnya siksaan bagi mereka yang ingkar kepada perintah Allah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.