Monday, September 13, 2010
Melawat Siam mati.
Semalam, dalam keletihan baru sampai dari bercuti , balik kampong di Melaka, rumah Isteri dan mertua ana diMerlimau, ana diberitahu seorang Siam telah meninggal dunia, lalu bersama SU Dewan Himpunan Penyokong PAS ana dan Rusli AJK Antara kaum bergegas menziarahi ahli keluarga yang terlibat di Kpg Paya Mat Inson sambil meninjau suasana dalam masyarakt Siam bagaimana adat mereka mengadakan upacara sebelum pembakaran mayat pada petang itu.
Mereka menjemput tok tan (sami) untuk melakukan upacara keagamaan sam bil membaca mentera dan disambut oleh para hadirin , apabila selesai upacara , mereka akan menjemput tok tan untuk jamuan sebelum jam 12, kerana tok tan akan berpuasa pada jam 12 sehingga hari esoknya. Selesai upasara itu, maka selesainya majlis pertama sebelum upacara sembahan lain pula yang diketuai oleh ketua sami disitu.
Apa yang yang sedih dengan kematian ini adalah simati sudah pun kehilangan isteri beliau beberapa bulan lalu, dan dia hidup bersama anak darjah 4 , semasa dia meninggal dunia, tinggallah anak beliau seroang diri ditemani oleh datuk nya , jadilah anak ini yatim piatu , baru darjah 4 sekolah rendah.
Simati katanya mengidap penyakit barah didalam kepala. Brain cancer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment