Monday, September 13, 2010
Jenayah menurun??
Pengarah komunikasi bagi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, Alex Iskandar Liew, berkata indeks jenayah keseluruhan pada Januari hingga Ogos menurun 16.24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Inilah yang dikatakan orang 'statistical liar ', dalam suasana PEMANDU kata jenayah menurun, maka masa itu juga pemandu dan Jutawan kosmetik terkenal negara dan rakan lain seramai 4 orang telah menjadi abu dan siap dihanyutkan di dalam Sungai di Morib , negeri yang paling maju dalam negara.
Kata Datuk Murugiah, 2 hari sebelum itu, beliau ada bersembang dengan suspek berkenaan dan katanya beliau berhasrat hendak menyertai MIC, macam Murugugiah juga, melompat keMIC nak jaga status dia bila PPP telah reject dia sampai ketahap mahkamah selepas ada masalah dengan Keveas. Agak-agaknyalah kalau dah jadi sekutu Samy Vellu tu, apakah kes ini akan berjalan saperti yang berlaku hari ini, tanyalah rakyat semua ?. Ini kerana TS Musa Hasan sebelum menjadi mantan KPN telah menyatakan ada pihak ketiga yang sering melibatkan siasatan polis terganggu, jadi tak salah kalau andain bahawa kalau dah jadi dan termasuk dalam golongan yang berada dipuncak kuasa, maka ini akan mengganggu siasatan dan akhirnya kes akan tergantung. Masihkan kita ingat, dan diharap Melayu tak mudah lupa, biar Dr M sahaja yang mudah lupa, dulu kata tak mau kat UMNO, tapi la ni terhegeh-hegeh cium balik UMNO, harap kita tak lupa dimana penyelesaian kes Mustakizah, Noritta, Altantunya dan nbanyak lagi kes yang sampai la ni tak tahu kemana kes tu berakhir, siapa yang terlibat dan siapa yang bunuh.
Kalau PEMANDU kata jenayah menurun dalam keadaan 4 orang sekali gus dah menjadi abu, maka amat malanglah negara kita hari ini.
Apa yang menghairankan semua rakyat Malaysia hari ini yang cintakan keamanan, bila dalam hal ini polis awal-awal lagi dah beritahu bahawa motif pembunuhan adalah saingan perniagaan , maka sampai sanggup mejadi abukan musuh persaingan didalam perniagaan, tetapi dalam kes Alatntunya, tak dengar pula polis kata ada motif didalam pembunuhan hamba Allah tu, tetiba saja 2 anggota polis yang jadi pengawal kepada isteri PM ini dapat ilham terus pergi bunuh dan letupkan body Altantunya tu, tanpa ada motif kepada pembunuhan orang asing tersebut , bahkan macamana dia masuk pun tak tahu kerana rekod kemasukan beliau kedalam negara dikhabarkan dilupuskan dari rekod imigresen, paling ajaib dalam dunia 1 Malaysia hari ini.
Pening juga kepada kita nak fikirkan bila TS Musa sebelum lepas jawatan , kata ada pihak yang sering menjadikan POLIS tak dapat buat siasatan yang berkesan kerana ada pihak ketiga yang mengganggu tugas mereka, dan yang amat terasa adakah KDN dalam hal ini, lalu KSU ddalam KDN pun lantas bangun menafikan keterlibatan mereka, maka senyap sakat tulah saja keluhan dan rintihan bekas KPN tersebut. Apa yang menjadi kemushkilan rakyat adalah banyak kes dan peristiwa yang melibatkan kes berprofil tinggi selalunya senyap begitu sahaja dan tidak ada jalan penghujung, cuma yang kena dan dihukum adalah mereka yang menjadi kambing hitam dan mendapat upah sekupang dua , yang menjadi mastermind terlepas dan dilindungi, apakah kes ini ( Datuk Sosilawati) juga akan berakhir macam itu?. Apakah bila polis menyatakan ada banyak kes sebelum ini yang melibatkan mereka ini tidak diketahui polis atau tak pernah disiasat polis, kalau tidak macamana polis boleh kata begitu kalau mereka tidak ada pengetahuan mengenai kes yang lalu , kehilangan warga dari India , juga mengenai urusniaga perniagaan, dan kes lain yang tentu bekas KPN lebih arif, harap KPN baru ini akan dapat menjadikan keluhan bekas bos dia ini sebagai satu cabaran untuk dia selesaikan segera agar rakyat dapat menjadikan institusi polis sebagai harapan untuk rakyat letakkan dalam urusan keselamatan, kita tidak mahu Mlaysia menjadi saperti dalam filem Hindustan , ada Sarjan Shahab didalam polis Malaysia.
Harap KPN baru dapat bertugas tanpa ada pihak ketika yang memberi arahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment