Thursday, September 16, 2010
Syukur Kak Jah.
Semasa membuat tinjauan dan ziarah di Kpg Padang Peninjau, Kokbah sekitar awal tahun ini, ana telah ditunjukkan dengan sebuah rumah seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak remaja perempuan yang sedang membesar dan menumpang dirumah saudara beliau tiga beranak tersebut dalam keadaan rumah yang sempit. Nama beliau dipanggil orang kak Jah dan kerjanya hanya mengambil upah menyucuk satey untuk seorang penjual satey dipasar-pasar malam.
Beliau telah pun berhasrat membuna sebuah rumah diatas tanah pesaka berhampiran rumah saudara belaiu tersebut tetapi oleh kerana kesuntukan wang , maklumlah ibu tunggal yang menyara 2 anak untuk bersekolah, ketika itu seorang sedang mengambiil STPM dan seorang mengambil PMR, maka hanya tinggal tiang sahaja yang mencacak naik tanpa ada dinding apatah lagi nak adakan bumbung. Kedua-dua anak beliau adalah perempuan.
Lalu ana berbincang dengan EXCO Kebajukan, YB Ustz Aishah Ghazali dan juga Pejabat daeran untuk membantu ibu tunggal ini, lalu pihak UPEN negeri Kedah telah meluluskan peruntukan untuk membina rumah beliau RM 20 K dan ketika ini , yakni seminggu sebelum Hari Raya Eidulfitri, ana sekali lagi menziarahi Kak Jah, hanya tinggal pintu dan tingkap serta tandas yang belum selesai. Apabila kita bertanya kepada kontraktor terlibat , beliau mengeluh tentang kesukaran mendapat pekerja yang komited untuk melakukan kerja begini, kebanyakan pekerja kita ( Orang malaysia), tidak sanggup untuk melaksanakan kerja membina rumah begini , tidak saperti pekerja Indonesia, oleh itu kelambatan menyiapkan rumah ini kata beliau adalah kerana karenah mendapatkan pekerja.
So, ana berharap kepada kontraktor terbabit, dapatlah kiranya menyiapkan rumah Kak Jah ini agar beliau 3 beranah dapat hidup selesa didalam rumah yang baru nanti, walaupun tidak sempat utnuk beraya , tetapi harapan agar sempat untuk Raya Korban dirumah baru nanti, disamping anak remaja yang semakin membesar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment