Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, September 29, 2010


Petang semalam dalam suasana redup dipetang hari, dalam suasana musim hujan yang sedang melanda kawasan utara sekarang ini, sebuah markas PAS yang dijadikan Markas MTD di Pokok Asam , Kubor Panjang telah terbakar dijilat api , nasib baik ia berlaku disiang hari, maka sempat juga orang kampong datang menolong dan memadamkan api yang marak terbakar menggunakan air kolam berhampiran dengan menggunakan pam jet yang kebetulan ada dirumah berhampiran.

Semalam semasa ada keluangan masa, saya dan beberapa teman serta isteri telah menziarahi rumah kepunyaan abang kepada Wan Ali , yang merupakan AJK cawangan Pokok Asam tersebut yang dihuni oleh abang beliau, yang kebetulan berada di Kuala Lumpur pada petang semalam.


Wan Ali pada ketika kebakaran berlaku sedang berada di Hospital Sultanah Bahiyah untuk melihat isteri beliau yang sedang berssalin dan ditahan diwad kerana darah tinggi.

Apa yang boleh dikatakan hanya agar beliau bersama diatas ujian Allah ini , moga ditenangkan hati dan insyallah akan ditambah rezeki untuk membaikpulih rumah ussang tersebut.


Mengikut cerita , rumah tersebut adalah rumah usang yang hanya dihuni oleh abang beliau, dibahagian depan dijadikan markas dan dibelakang bemgkel jahitan ddan ada juga stor untuk makanan ikan. Stok makanan ikan ada dalam anggaran RM 6000 telah musnah.

Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai kelebihan wang apalah kiranya sama-sama kita membantu memulihkan balik markas ini untuk persiapan AJK cawangan mempersiapkan tempat untuk mereka bergerak menghadapi PRU ke 13. Sumbangan bolehlah disalurkan melalui no akaun tabung kebajikan PAS Pendang saperti yang tertera didalam blog ana ini disebelah kanan, kemudian sms ke 0193363604.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.