Seronok juga baca cerita yang diulas didalam Tranung kite ni, mengenai betapa tak cerdiknya warga emas yang menjadi penyokong tegar UMNO yang merasa bersalah menerima wang saguhati warga emas sebanyak RM 100 kononnya hasil derma daripada wang Kelab Lumba Kuda Penang. Apa yang bestnya daripada 40 orang yang terima tu, memasukkan duit kedalam kantung yang dibawa oleh Pemimpin UMNO Pulau Pinang dan lepas tu diberikan ganti RM 100 wang "halal" daripada pemimpin UMNO tersebut.
Pelik juga kita tengok, kalau dah kata duit tu tak halal, walaupun kerajaan negeri kata wang yang diberikan tu adalah hasil lebihan penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri, tetapi UMNO dan ahlinya tak percaya, makcik warga emas ni lebih percaya kepada penjelasan pemimpin UMNO daripada penjelasan kerajaan negeri lagi. Juga heran ana bila pula depa ni meragui duit hasil kelab lumba kuda ni yang dikatakan haram tu, sejak bila kelab ni ada lesen dan diberikan lesen, bagaimana pula lesen toto dan 4 digit yang wujud dan kemana hasil cukai syarikat ni semua kalau tak masuk kedalam wang yang disatukan dan lepas tu buat bayar gaji semua kakitangan kerajaan Malaysia ni, termasuklah ana yang pernah bekerja dengan kerajaan selam 12 tahun dulu ni. Kemushkilan ana bertambah bila terkeanang sejak bilakah pula spesies ni nampaknya begitu takut dengan judi dan duit hasil judi ini, padahal yang emluluskan segala lesen dan kemudahan nya serta yang memiliki sahamnya juga tergolong dari juak dan spesises mereka juga. Baguslah kalau begitu, nampaknya YAb LGE KM Penang telah menyedaran mereka akan dosa dan bahaya judi ini, tahniahlah aduhai sahabat ku sekelian.
Kalau tak salah ingatan ada jawapan Menteri Kewangan dalam parlimen kepada wakil YB Rasah lebih kurang RM 2.6 billion duit cukai hasil syarikat judi ni masuk kedalam kantung wang yang disatukan ini, wooi banyak juga tu .
Bagaimana pula mereka yang menaikkankan mereka yang meluluskan lesen judi atau toto dan 4 digit ni, tanya lah makcik dan pakcik warga emas ni.
Ana rasa lepas ni eloklah pulak dibuat satu majlis macam yang UMNO Penang buat tu, mana-mana kakitangan yang rasa wang yang diterima hasil dari campuran wang cukai judi yang disatukan ini diberi kerajaan kepada mereka, pulangkan balik kepada kerajaan agar ditukar dengan wang yang tak dicampur dengan hasil judi cukai toto dan 4 digit dan seumpamanyalah.
Mungkin lepas ni, akan adalah majlis yang akan dianjurkan ( kita harap UMNO boleh buat kot, kerana mereka cukup prihatin dengan wang halal haram mutakhir ini), untuk mendapatkan kembali segala wang yang rakyat dapat yang berlaku percampuran duit haram judi ni, dan diganti oleh meraka dengan duit halal pula.
Nampaknya isu sinis yang tranung kite bawa ini dapat juga membuka mata rakyat dan tulisan Dr Asri bekas mufti Perlis boleh sedikit sebanyak menjelaskan apa-apa juga kekeliruan yang menggannggu benak pemikiran kita selama ini, khusunya kakitangan kerajaan yang bekerja untuk pembangunan negara selama ini. Hanya UMNO saja yang nak jadikan isu ini isu politik mereka, tetapi ana yakin sekali lagi akan tersasar, dan akan terus masuk gaung.
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment