Baguih sungguh orang kawasan bekas pelopor Islam Hadhari ni, Kepala Batas, dapat duit dari kerajaa negeri yang disyaki dari sumber haram, maka dipulangkan balik duit tersebut dan diganti dengan duit yang 'halal' oleh mereka yang mengumpulkan duit tersebut. Khabarnya duit itu akan diserahkan kembali kepada kerajaan negari. kerana mereka rasa mereka dipermainkan.
Pak Cik kalau tak mau duit tu, bawa mai sini, kami boleh guna buat jalan ke, jamban ke dikampong kawasan kami, tapi kami tak mau tukar dengan duit lain la.Kesian depa, dipolitikan oleh parti yang sudah nampak cukup tidak ada modal yang konkrit untuk dihujah la ni.
Ana bukan pa, nak tanya apa pula yang pak cik dan mak cik ni nak kata pasai gaji yang mereka terima masa kerja hari tu,bukankah dalam jawapan di Parlimen PM dah jawab, sejumlah RM2.6 billion hasil judi dimasukkan kedalam wang yang disatukan , maknanya duit tu lah yang dibelanjakan untuk pembangunan negara termasuklah bayar gaji pakcik dan makcik serta adik cik dan kak cik tu, saperti kata bekas Mufti Perlis, duit tu boleh terima pasal ia sumbangan dari kerajaan, tapi depa lebih percaya kepada pemimpin UMNO lebih daripada bekas Mufti, tak apa lah , cuma nak pesan lepas ni kalau anak depa nak kerja , tok sah ambik gaji dari wang kerajaan yang disatukan tu lah.
Sebab itu bagi kerajaan negeri Kelantan, depa awal-awal lagi asingkan wang yang bersumber hasil haram dengan yang halal nih, tak ragu dan syak serta subahat lagi.
Tengok pada siapa depa ni beri balik, kita boleh tau apakah sebenarnya matlamat mereka.
Thursday, September 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment