Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, November 6, 2008

Jawapan menteri atas perbahasan bajet 2008 ana, tu pun tak habis.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat
Pendang berkaitan pengurangan penghijrahan doktor dengan adanya private wing di teaching
hospital.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat tiga buah universiti yang mempunyai
sayap swasta di hospital pengajar iaitu UM, UKM dan juga USM. Peratusan pensyarah
perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang meletak jawatan telah
menurun daripada 7.3% kepada 4.7 % sejak sayap swasta ditubuhkan. Manakala peratusan
pensyarah perubatan yang meletak jawatan di HUSM ialah 2.18% namun selepas penubuhan
sayap swasta beroperasi secara aktif dan menyeluruh peratusan pensyarah perubatan yang
meletak jawatan menurun kepada 1.66%. Peratusan pensyarah perubatan yang meletak jawatan
di UM juga menurun selepas sayap swasta diwujudkan iaitu daripada 7.09% kepada 2.6%.
Secara umumnya peratusan pensyarah perubatan yang meletak jawatan adalah masih
lagi rendah. Penubuhan sayap swasta di hospital pengajar sedikit sebanyak mampu
mengurangkan penghijrahan doktor ke sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat
Pendang ada menyentuh mengenai sistem pengairan dan saliran sama ada tunjuk ajar ada
diberikan kepada petani. Saya ingin maklumkan bahawa memang ada kursus-kursus dan
program-program tertentu dianjurkan untuk petani bagi menguruskan air dengan sebaik mungkin
supaya tidak terjejas aliran air ke sawah. Dengan itu padi akan mendapat mengeluarkan hasil
seperti mana yang kita harapkan.
Jadi sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat
Pendang, saya ingin maklumkan, kita akan meningkatkan lagi hasil saranan daripada kedua-dua
Yang Berhormat tersebut, kita akan tingkatkan lagi program untuk memberi pendedahan kepada
petani tentang kawalan air.
Yang Berhormat Pendang ada menyebut tentang projek 10 tan di MADA dan juga beliau
menegur ada maklumat-maklumat yang disampaikan Yang Berhormat Pendang kurang tepat.
Mengenai projek 10 tan, ini merupakan projek yang dilancarkan kira-kira tiga, empat tahun
dahulu. Sebenarnya 10 tan ini tidak banyak tempat dalam negara kita Malaysia mengeluarkan
padi 10 metrik tan satu hektar. Kita sedang mengkaji semula program ini. Oleh yang demikian,
di MADA umpamanya program ini sudah dinamakan program untuk mengestetkan sawah padi.
Pada masa ini terdapat kira-kira 2,000 hektar di bawah pengurusan estet menjelang
2010, kita berharap akan menambah sawah di bawah pengurusan estet kepada 10,000 hektar
dan ini adalah untuk menggantikan projek 10 metrik tan. Ini bukan bermakna kita menyatakan
bahawa 10 metrik tan ini mustahil untuk dicapai tetapi kita dapati bahawa dengan mengadakan
sasaran terlalu tinggi yang mungkin kurang realistik bagi keseluruhan kawasan, mungkin di
kawasan tertentu boleh dicapai maka itu kita sedang mengkaji semula program ini.
Berkaitan dengan maklumat yang disampaikan kepada kementerian oleh pegawaipegawai,
memanglah pegawai digalakkan untuk turun ke sawah, turun ke padang untuk
mengumpulkan maklumat dan memberi maklum balas kepada kementerian termasuk saya
sendiri dan selain itu pegawai juga menggunakan telefon dan kaedah-kaedah yang lain.
DR. 3.11.2008
59
Jadi atas saranan Yang Berhormat kita akan terus memperbaiki sistem menyampaikan
maklumat dan maklum balas kepada kementerian termasuklah dari menteri, daripada bukan
sahaja MADA tetapi agensi-agensi di bawah kementerian bertujuan untuk mengemas kini dan
memperbaiki lagi delivery system ataupun sistem penyampaian oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pontian, Seputeh, Petaling Jaya Selatan,
Hulu Langat, Rompin dan Pendang telah membangkitkan isu berkenaan sumber tenaga alternatif
kepada minyak fosil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat isu yang telah dibangkitkan telah pun
diberikan perhatian oleh kerajaan khususnya oleh kementerian kita iaitu MOSTI. Penyelidikan
dan pembangunan di peringkat R&D tenaga boleh diperbaharui dan alternatif telah dijalankan
semenjak RMK-7 melalui geran-geran penyelidikan.
Sebanyak 120 projek penyelidikan berkaitan sumber tenaga solar, angin, ombak, hidro
mini, geoterma dan biomas seperti yang saya sentuhkan tadi yang merangkumi bio diesel, bio
etanol, bio gas dan bio hidrogen yang melibatkan pembiayaan sebanyak RM109.2 juta telah
dilaksanakan. Hasil penyelidikan tersebut terutama tenaga solar dan angin akan dibangunkan ke
skala komersial dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
Bagi memantau kesan penggunaan bio negatif bermula dengan penggunaan biomas,
SIRIM Berhad sentiasa menjalankan ujian toxicity penggunaan biomas agar ia tidak mencemar
alam sekitar. Kerajaan telah memperuntukkan semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh sehingga
Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM3.75 juta untuk penyelidikan dan pembangunan
solar atau photovoltaic seperti yang saya nyatakan tadi.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh): [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ada dua
bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Bagi memastikan ianya mampu dipergunakan
oleh orang awam kajian lanjut akan dijalankan untuk mengurangkan kos dengan menggunakan
cadmium telluride. Saya habiskan dulu ini.
Untuk menghasilkan bio etanol kajian menggunakan AFB, ‘empty food bun’ daripada
minyak sawit sedang dijalankan dan kajian melalui SIRIM Berhad sedang dalam rangka untuk
menubuhkan pilot plant di Malaysia bagi menghasilkan bio etanol yang menggunakan teknologi
usaha sama antara SIRIM Berhad dengan .....Russia. MOSTI juga sedang mengkaji
kemungkinan penggunaan tenaga nuklear yang saya sentuhkan tadi yang selamat untuk
penjanaan kuasa elektrik di negara ini pada masa akan datang memandangkan ianya hanya
lebih murah. Ianya lebih murah sebanyak 30% daripada sumber tenaga fosil dan hidro dalam
jangka masa yang panjang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat mana satu? Yang Berhormat Pendang ...
DR. 3.11.2008
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat ada bahas pada masa dasar ke?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat Menteri...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada sebut, Menteri ada sebut tadi
Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat tidak ada bangkit apa benda pun.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya teruskan dahulu saya teruskan dahulu
sebab sudah peringkat dasar ini kepada mereka yang telah pun membahas...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada Menteri sebut Pendang tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ada?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pendang?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, last one.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Menteri. Sebenarnya saya ada sentuh beberapa kali dalam perbahasan sebelum ini
berhubung dengan penggunaan biodiesel ini, sebab kita tahu dalam negara kita trend kepada
fast food ini sudah meningkat di dalam masyarakat. Lebih banyak restoran-restoran makanan
segera ini membuang hasil minyak kelapa sawit yang digunakan untuk menggoreng dalam kitar
semula. Saya rasa salah satu daripada kitar semula yang perlu kita turuti adalah seperti mana
yang dibuat di Amerika Syarikat. Mereka menggunakan hasil daripada fried chicken ini lebih
kurang satu trilion liter satu tahun untuk dijadikan biodiesel.
Apakah kementerian mempunyai pandangan bahawasanya minyak-minyak yang dibuang
ini tidak dimasukkan dalam saliran alam sekitar kita tetapi diproses digunakan sebagai biodiesel.
Ini untuk menggantikan minyak sawit yang khabarnya akan dikurangkan pengeluarannya dalam
negara kita kerana minyaknya sudah pun berkurangan harga untuk satu tan sekarang ini. Apa
pandangan daripada kementerian? Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat Pendang terima kasih kerana
begitu fussy dengan apa yang terjadi dalam sektor ini. Pihak kementerian melalui SIRIM kita
sedang sebenarnya meneliti teknologi yang ada dalam perkara ini. Kita sedia maklum adalah
DR. 3.11.2008
83
banyak jenis-jenis minyak yang terbuang sahaja mahupun hasil daripada industri kereta, industri
kelapa sawit. Jadi soal sekarang ini melihat kepada teknologi yang berskala kecil ataupun
sederhana, di mana minyak-minyak ini boleh diproses.
Baru sahaja dua bulan lalu kami berada di Indonesia sebenarnya untuk melihat satu
teknologi di mana dia multisource bukan sahaja daripada jatropha, bukan sahaja daripada
minyak kelapa tetapi minyak-minyak lain seperti minyak buangan. Itu peringkat-peringkat perintis
dan kita sedang menelitikan dari segi adaptasinya ataupun pembentukan sendiri di peringkat
SIRIM atau industri tempatan dan melihat jika ada usahawan-usahawan yang ingin masuk dalam
sektor ini. Pasti kita sedang menggalakkan penggunaan teknologi seperti tersebut
Untuk langkah jangka panjang, RTB Sungai Gurun division telah diluluskan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan untuk kerja-kerja ukur dan reka bentuk. Bagi Yang Berhormat
dari Pendang juga menyentuh mengenai masalah banjir di kawasan beliau. Untuk makluman
Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun melaksanakan kajian untuk
menangani masalah banjir di Daerah Pendang termasuk kawasan berdekatan Lebuh Raya
Utara-Selatan.
Kajian yang dimaksudkan ini ialah Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Pengurusan
Sungai Kedah yang telah disiapkan pada tahun 2007. Hasil kajian tersebut berupa skop kerja
telah pun dikenal pasti. Masalah banjir di Bagan Serai, untuk makluman Yang Berhormat punca
utama banjir di Bagan Serai ialah hujan lebat di kawasan tadahan Sungai Kurau dan bukan
disebabkan oleh laluan kembar KTM yang sedang dalam pembinaan di kawasan ini. Di samping
itu juga, tindakan untuk melepaskan air dari kolam Bukit Merah bagi menjamin kestabilan
embankment empangan dan kestabilan landasan KTM yang melintas kolam ini apabila paras ini
mencapai aras bahaya semasa banjir turut menyebabkan kejadian banjir di kawasan berkenaan.
DR. 3.11.2008
141
Untuk makluman Yang Berhormat dari Sri Gading yang juga membangkitkan mengenai
masalah banjir besar yang berlaku di Daerah Batu Pahat tahun 2006 telah mencadangkan
supaya Projek Tebatan Banjir dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek-projek tebatan
banjir jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di daerah Batu Pahat.
Sebagai langkah segera pihak JPS akan melaksanakan kerja-kerja membuang, merodak, dan
mendalam Sungai Simpang Kiri, Simpang Kanan dan Sungai Bengkok serta menjalankan kerjakerja
di muara Batu Pahat di bawah di bawah Projek Tebatan Banjir Negeri Johor. Kos
keseluruhan projek ini adalah dianggarkan berjumlah RM128 juta dan pembinaan fizikal projek
pelaksanaan akan dimulakan Februari 2009.
Di samping itu, JPS juga sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir bagi
lembangan Sungai Batu Pahat. Matlamat ini adalah untuk mengenal pasti isu dan masalah yang
menyebabkan kejadian-kejadian banjir. Kajian ini dijangka siap pada awal tahun 2009 dan akan
mengesyorkan pelbagai kaedah-kaedah pencegahan yang bersesuaian untuk mengatasi
masalah banjir jangka panjang untuk membolehkan kementerian menjalankan projek untuk
membantu di daerah Batu Pahat dan kawasan sekitarnya
Tuan Yang di-Pertua, berhubung kekhuatiran yang disuarakan oleh Yang Berhormat
Pendang, menyatakan kebimbangan beliau sekiranya penswastaan unit makmal dan unit bius
dilaksanakan di hospital kerajaan yang akan membebankan pesakit dengan kadar caj hospital
yang lebih tinggi, suka saya nyatakan di sini, di dalam Dewan yang mulai ini bahawa pihak
kementerian sememangnya prihatin terhadap kesihatan rakyat akan sentiasa memberikan
perkhidmatan kesihatan perubatan terbaik tanpa membebankan mana-mana pihak terutamanya
kepada pesakit-pesakit negara ini. Justeru itu, sebarang perubahan dasar atau polisi termasuk
penswastaan sesuatu perkhidmatan hanya akan dibuat bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan tersebut tanpa membebankan pesakit
dengan kadar caj hospital yang lebih tinggi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.