Untuk renungan semua pihak, khususnya dalam negara Islam Hadhari.
Dari blog si Lembik.
257,411 Bayi Luar Nikah - Malaysiakini
Gejala keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi di Malaysia berada ditahap begitu kritikal. Ini ekoran makluman dari salah sebuah akhbar tempatan bahawa seramai 257,411 bayi luar nikah dilahirkan sejak tahun 2000 sehingga Julai lalu.
Malangnya Malaysia yang dipanggil sebagai Negara Islam selama ini rupa-rupa antara negara penyumbang untuk melahirkan 'produk haram'. Sedih sekali bila membaca berita ini, Apa agaknya usaha kerajaan selepas mendengar permasalahan ini. Bagi saya ia sudah terlalu serius dan wajar untuk diperbincangkan bagi mengatasi masalah ini.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.
Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.
"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.
Walaupun tiada perincian dibuat tetapi saya dapat jangkakan majoriti yang terlibat di dalam gejala ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Inilah kesannya jika Islam pun dipolitikkan dan bukannya untuk dilaksanakan..Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil jika Malaysia akan menjadi seperti negara jiran kita, Thailand. Apa yang dapat saya risaukan, bagaimana agaknya generasi ini hendak mentadbir negara pada masa akan datang ??
Wahai kaum dan bangsa seagamaku, renungilah apa yang telah dijawab oleh Men. Dalam Negeri tersebut supaya ia menjadi iktibar kepada kita dan anak-anak kita serta masyarakat kita , kerana ianya juga akan menjadi contoh kepada masyarakat kita yang akan datang.
Ini semua adalah kerja daripada semua pihak yang perlu memberi perhatian, ini kerana kebebasan anak-anak remaja yang berleluasa kini dapat dikekang . Apakah semua ini sudah diberi perhatian oleh kita semua yang mempunyai anak-anak remaja kita yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment