Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, November 8, 2008

Nasib mereka perlu dibela.

Petang tad setelah mendapat berita berhubung dengan wujud keluarga yang daif dan kurang bernasib baik, maka ana dan sahabat dari kelab Penyokong dan AJK Kawasan bertolak ke Pokok Tai berhampiran dengan tempat menternak ayam Federal Flour untuk meninjau sendiri perkabaran tersebut.
Sedih apabila melihat keadaan yang sebenar disitu. Bentuk kediaman mereka ana lampirkan dalam gambar disebelah ini untuk tatapan semua. Tak sangka rupanya ini nasib bangsa yang masih lagi belum mendapat pembelaan , khabarnya sudah berkali-kali dipohon rumah PPRT, bantuan zakat dan berbagai bentuan kebajikan, tetapi masih belum bernasib baik, belum dapat.
Satu keluarga di Kepala Bukit, sudah minta rumah berkali-kali sejak dulu, tetapi entah apa punca masih belum kesampaian hajat. Tinggalah beliau dengan 7 anak didalam rumah tersebut.



Gambar Yang diatas ni ana ambil bersama En Kuna, SU Kelab Penyokong PAS Pendang, dihadapan rumah seorang yang tidak berkemampuan, beliau ada 9 orang anak,pergi bekerja memotong buah kelapa sawit diladang berhampiran, bayangkan bagaimana nak hidup dalam keadaan begini, mana anak perempuan dan mana anak lelaki nak tidur kalau dah besar panjang nanti. Jadi harapan ana agar sesiapa saja yang ada tenggungjawab tolonglah beri kerjasama meringankan beban mereka, bagi pihak ana selaku wakil rakyat insyaAllah akan berusaha melalui saluran yang ada boleh untuk mendapatkan bantuan bagi keluarga ini.
Alahai bagaimana kalau anak sudah akli baliqh, bagaimana tempat tidur dan rehat mereka. Bayangkan nasib yang kurang baik ini, mereka mesti dibantu. Kepada sesiapa sahabat yang ada kelebihan, hulurkan bantuan termampu untuk membantu mereka. Boleh terus sumbang kepada Tabung Harakah atau PAS Kawasan Pendang, KM 3. Gajah Mati, 06700, Pendang atau BIMB 02011010015089

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.