Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai
Siput, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum masuk kepada garis kemiskinan saya tertarik
dengan konsesi penswastaan di hospital. Selama ini beberapa unit dobi sisa klinikal telah
diswastakan. Sebenarnya ini tidak direct kena kepada pesakit dan saya telah pun menyentuh
dalam perbahasan iaitu berhubung dengan x-ray, bius dan juga makmal. Tiga unit ini merupakan
bebanan direct yang terkena kepada pesakit yang bakal diswastakan dan saya mendapat beritaberita
daripada mereka yang bekerja di Makmal Patologi khususnya, sedang dipanggil oleh
kementerian dan di brainwash supaya mereka ini menerima penswastaan ini. Jika sekiranya tidak
diterima pakar-pakar dari uar negara akan dibawa masuk menggantikan mereka di dalam
hospital kerajaan.
Apakah pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Sungai Siput tentang
penswastaan yang akan dikenakan direct kepada pesakit yang terpaksa membayar ini. Terima
kasih.
Dalam jawapan Menteri Kesihatan, memang tak nafi tentang penswastaan yang akan secara diract membebankan rakyat ini, sekarang memang sudah ada peasakit yang kena buat ujian di Pathlab untuk ujian darah dan lain-lain , kerana disuruh oleh nurse begitu atas arahan orang atas, lepas tu bawa keputusan pergi tunjuk dihospital balik.
Kalau macam ni lebih baik pi hospital swasta terus, lebih cepat dan memuaskan, dapat jumpa pakar terus walau pun kena bayar terlalu lebih, kata mereka.
Itulah senario yang berlaku kini, memang rakyat akan semakin sukar dan menanggung bebanan bila biarkan BN terus memerintah, ayoh mulakan perubahan.
Jawapan menteri ada ada copy dan pastekan dalam tajuk 'jawapan kepada bajet 2008'.
Friday, November 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment