Yang mana satu nak pakai ni.!
Itu persoalan yang timbul dalam benak ana pasal bajet yang sedang diperingkat jawatankuasa la ni.
Pak Lah bentang bajet pada 29 Ogos lalu dan menjanjikan apa yang dibentangkan tersebut kepada rakyat untuk belanja tahun depan, dan kita pun bahas la untuk memenuhi syarat peraturan mesyuarat agar boleh belanja tahun depan, itu pun setelah bertungkus lumus mendesak agar angka baru dan unjuran baru dibuat supaya ianya lebih relevan dengan suasana semasa dalam ekonomi dunia yang merudum sekarang ni, adjust mana yang perlu sebelum kita nak bahas, kerana kita takut bila bahas tetapi duit nak pakai tak ada dan nak belanja tak cukup kerana unjuran pendapatan dan kadar defisit sudah berubah kerana harga minyak dan komiditi negara sudah menguncup, tetapi mereka degil, Menteri Duit degil, suruh bahas juga, bahkan dia sekali pun tak masuh jengok masa kami berbahas selama dua minggu.
Tiba-tiba bila dia datang nak menggulung, dia datang dengan pembaharuan dan angka yang lain serta adjustment yang berbagai, maka kami bantah kerana yang dibahas lain tetapi yang nak dipakai tahun depan saperti dibentang oleh MOF ni lain pula. Kalau nak adjust mesti ikut peraturan mesyuarat dan bentang atas meja dengan angka dan pembaharuan yang nak dibuat, kerana yang kita bahas sebelum ini adalah yang dibentang oleh Pak Lah, suatu angka yang lain.Pembangkang dah beritahu awal lagi hari tu, kecoh masa mula nak bahas peringkat dasar agar bajet tak jadi macam ni, tapi memang dasar bodoh tak boleh diajar, ni semua orang BN, maka jadilah macam ni.
Ransangan dan unjurannya adalah lain dari yang terdapat dalam kertas perintah 40 yang dibentangkan dihadapan dewan, maka ini tak ikut peraturan, sepatutnya 2 hari mesti diberikan sebelum dibentangkan dihadapan dewan, ini bodoh sombing namanya, orang nasihat tak dengar, orang jemput hadir tak mahu, buat kerja tak ikut procedure, maka sekarang segaka ransangan dan unjuran beliau yang dibakul sampahkan oleh dewan rakyat.
Semalam masa nak mula bahas peringkat JK, segala detail yang ada dalam setiap kementerian kena dibuat penelitian, jumlah banyak mana sesuatu kementerian dapat dan nak belanja baik urus atau pembangunan, maka itulah yang akan diperuntukan. Jadi speaker kata yang dibahas pada peringkat dasar dan yang dibentang oleh Pak Lah saja yang akan berkenaan, maka yang dibawa oleh TPM MOF baru tak termasuk, maka jelas lagi bersuluh bahawa yang MOF baru janji tu hanyalah fatamorgana, tak jejak dibumi nyata dan masuk bakul sampah.
Jadi ransangan 7 billion yang dijanji tu adalah hampas yang tak boleh diguna kerana yang dibahas dan akan di setujui kalau disokong oleh semua la adalah yang pak lah bentang saja.
Kesian, MOF baru, nak tunjuk dia pandai, rupanya orang yang nak jadi bakal pm lebih pandai. Mungkin peranan tingkat 4 pada saat terakhir ni boleh merubah situasi pada Mac 2009.
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment