Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 2, 2009

Alahai U turn lagi ke!!

Baru-baru ni bila Menteri Kerja Raya Dato' Zin kata kadar tol di 5 lebuhraya naik, maka habis gelisah rakyat nak kena tambah bajet diketika ekonomi dunia dan Malaysia tengah merudum, tetapi bila mai PM kata tok sah la kot, rakyat tengah sesak, maka ditangguhkan pulak. Buat U turn juga nampaknya Menteri kita ni. Masa nak naik hari tu rasanya yang mempengerusikan mesyuarat depa kata bakal PM, tapi bila PM tegur, maka menteri kena ikut . Maknanya masih power lagilah PM kita ni.
Lepas tu Menteri Dalam negeri pula Datok Syed Hamid Albar, dalam warta kata Orang Kristian boleh guna perkataan Allah yang dikeluarkan pada 16 Jan 2009, baru saja lagi, tetapi bila rakyat bising, maka dengan muka selamba dan sedih konon, maka ditarik balik , buat U turn juga mengharamkan penggunaan perkataan Allah kerana najlis fatwa dah keluarkan fatwa lama dah pasal perkataan Allah ni daripada digunakan oleh bukan Islam. Memang perkara ni kalau nak ulas boleh panjang dengan nas dan hadis, tetapi dah ada fatwa, maka malas lah kita nak campur tangan , mengeruhkan suasana.
Yang ana cukup rasa lucu dan sedih apa yang berlaku dalam kuasa eksekutif dan legislatik kita ni, bila dalam parlimen Menteri jaga polis kata Ketua Polis mengaku tak boleh masuk dan ganggu didalam parlimen , tak ada kuasa nak ganggu didalam parlimen, tempat buat undang-undang, bahkan dalam usul yang dikeluarkan oleh Menteri dalam Negeri pada 17 Februari 2009 pun, menyatakan polis hendaklah memastikan tidak ada halangan bagi ahli dewan untuk memasuki dewan untuk membahas dan berbincang untuk persidangan dewan, tetapi bila speaker panggil menyuarat di dewan Undangan Negeri Perak, maka polis yang halang ahli dewan masuk, hairan bin ajaib. Diparlimen kata polis hendakalah meastikan tak ada halangan, tapi di DUN polis yang membuat halangan, U turn lagi.!!

USUL
JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN
12.58 tgh.
Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Syed Hamid Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon mencadangkan usul seperti berikut:
“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga
supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui
lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh
dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi
dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan
menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan
ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat
hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang
tersebut itu”.
Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul oleh Yang
Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Usul disetujukan.

Tapi mereka kata pula dah sidang tu tak sah, tak dapat perkenan Tuanku Sultan, bila ana baca perlembagaan Perak, mengikut katanya kalau sidang tu ditanggunhkan sebelumnya, maka nak buat sidang pula tak perlu perkenan Raja, tetapi kalau bubar barulah kena perkenan Raja, itu kena tanya pakar undang-undang la. kita dok bidang lain tak boleh nak ulas. Cuma yang yang ana belajar dalam parlimen, pihak luar tak boleh kacau kuasa speaker dalam parlimen, macam Tun Dr M kata la, sebab kuasa legislatif yang diberikan kepada Parlimen dan DUN, sebab tu apa juga perkara yang dibawa dalam Parlimen tidak boleh disaman diluar melainkan ada beberapa perkara tertentu yang termaktub dalam buku peraturan mesyuarat tak boleh sentuh la.
Walau bagaimana pun daripada ulasan yang dibuat oleh speaker, ana terbaca bahawa sesiapa yang menghalang sidang dewan boleh dihukum sampai 7 tahun penjara, nak kena tanya oerang bidang undang-0undang la dalam hal ni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.