Nampaknya 7 April nanti akan berentaplah gergasi BN dan gergasi Pakatan didalam mereput 3 kerusi , 1 parlimen dan 2 DUN. dikatakan dua bukit dan satu batang. Kita tak berapa kisah sangat sapa yang akan masuk bertanding, kerana semua sudah tahu bahawa pakatan dan BN merupakan dua musuh politik yang akan pasti bertarung dan daripada mood rakyat yang ditunjukkan pada mutakhir ini, kita semacam boleh mengagakkan apa keputusannya nanti, tetapi sat yang harus difikirkan kenapa diadakan juga Sarawak yang Batang Ai tadi ditarikh yang sama dengan dua bukit tadi, hanya Allah dan SPR saja yang tahu.
Ana teringat kembali semasa ceramah Dato' Kapt Zahar tempoh hari di Batu 9, Kota Sarang Semut pasal kelab penyokong UMNO yang terdiri daripada PDRM, SPRM, dan sekelian jabatan dari JASA, RTM dan berbagai lagi yang berusaha tongkos lomos untuk menaikkan kembali BN yang tersungkur layu pada 8 Mac 2008 lalu. Segala peruntukan akan digunakan semaksima mungkin untk menaikkan kembali imej dan apa juga usaha dan daya yang ada agar mereka dapat tampuk pemerintahan kembali walau pun terpaksa menggunakan Istana dan jabatan kerajaan dan mengenepikan perlembagaan negeri dan negara serta institusi DN dan Parlimen.
Semua dah maklum, bahawa SU dewan berada dibawah speaker DUN, tetapi di Negeri bukan Emas tu, SU DUN yang buat arahan supaya speaker dengar kata dia.Dan polis sepatutnya tidak mengganggu ADUN nak pi mesyuarat, tiba-tiba polis pula yang sekat ADUN nak masuk mesyuarat, ini yang pelik dalam dunia ni, bahkan dalam usul setiap sidang pun dinyatakan bahawa jangan ada apa-apa sekatan semasa ahli dewan nak masuk bersidang. Bahkan kalau dilihat ulasan pakar perlembagaan negara, baik Tommy Thomas atau Dr Aziz Bari atau Prof Agus Yusof, memang menyatakan persidangan bawah pokok Sena di Perak tu sah dan sesiapa yang menghalang adalah ingkar arahan usul yang diluluskan dalam dewan. Mana pi pemisahan legislatif, judisiari dan eksekutif yang disanjung selama ini, takkan hanya dengan arahan dari Putrajaya saja semua boleh hancur lebur dan terpaksa dibakul sampahkan semuanya bahkan perlembagaan negeri dan negara.
Dalam hal ini, ana tertarik bila dalam persoalan yang ana tanya dijawab bersama oleh Menteri di Parlimen pasal jumah dana yang digunakan dalam PRK Kuala Terengganu tempoh hari, YB Menteri Dato' Nazri jawab RM 15 juta lebih diperuntukkan untuk KT hari tu dan RM 4 juta adalah untuk makanan, yang lebh untuk kenderaan, sewa kanopy dan lain lain.
Ana tertarik bila dia kata jumalah polis hanya 3 ribu, tetapi belanja nampaknya agak banyak, dan tujuan ramai polis adalah untuk mengurangkan ketengangan di kawasan pilihanraya. Sebab tu malam tadi dalam ceramah di Gajah Mati, YB Dato; Mahfuz Omar kata didalam pilihanraya 2 bukit dan satu batang nanti, polis juga mungkin akan ramai kerana tidak mahu berlaku ketegangan dibatang ai (I) dan dan untuk mengurangkan ketegangan di batang Ai (I), maka kita akan menempatkan ramai anggota polis. Maka polis dihantar adalah untuk mengendurkan ketegangan di Batang Ai.
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment