Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, March 3, 2009

Pening-pening, tu la kalau tak ikut perlembagaan negeri Perak.

Peguam Sivakumar, Chan Kok Keong dan Augustine Anthony , sidang dewan telah ditangguhkan pada November lalu dan pada yang demikian itu, Speaker mempunyai kuasa untuk meneruskan semula satu persidangan yang baru.

" Walau bagaimana pun, sekiranya Yang Kebawah Duli Tuanku menggantung atau membubarkan Dewan Undangan Negeri ke-12, maka , Yang Dipertua Dewan perlu mendapatkan perkenan kebawah Duli Sultan untuk mengadakan persidangan Dewan Negeri ke-13.

Chan berkata, yang demikian adalah jelas bahawa, Sivakumar mempunyai hak sebagai Speaker Dewan dibawah Seksyen 90 , Standing Orders Perlembagaan Negeri Perak untuk memanggil persidangan dewan tanpa perlu merujuk kepada kebawah Duli Sultan Perak.
Kenyatan Chan tersebut turut diperkuatkan lagi oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang menghantarkan 7 muka surat ‘fax’ untuk edaran kepada pihak media yang memuatkan kenyataan :
“Adalah mudah dan jelas bahawa Speaker yang dilantik bagi Dewan Parlimen British , Dewan Rakyat, mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memanggil semula persidangan dewan yang sedang dalam penangguhan .

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak telah berlangsung dibawah pohon tadi . Zambri dan gerombolan Exco haramnya itu , termasuk bakal PM DS Najib mendakwa persidangan tersebut tidak sah! Tidak sah! Tidaksah!

Tetapi tiba-tiba sahaja para peguam yang mewakili Mentri Besar Haram Zambri Kadir dan Exconya terburu-buru memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini dalam usaha mengenepikan arahan penggantungan yang menghalang mereka daripada menghadiri persidangan dewan negeri.

Nampak sangat katunnya puak-puak Zambri ini. Sebelum ini mereka mendakwa sidang tergempar yang dipanggil Speaker V Sivakumar tu tidak sah? Apahal tiba-tiba kini mencecet pergi ke Mahkamah Tinggi pula?

Tindakan mereka ke Mahkamah pun nampak katun kerana sudah jelas bahawa mana-mana mahkamah tidak boleh mempertikai atau mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker kerana masing-masing mempunyai bidang kuasa tersendiri.

ADUN Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana salah guna kuasa, menghina DUN dan ketidaksetiaan kepada titah Sultan Perak.

Lagi-lagi puak Umno ni cuba sedaya upaya untuk heret Istana kedalam kemelut yang yang mereka mulakan. Sebelum ini mereka menafikan kuasa yang ada pada Speaker apabila speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Halam, Zambry Abd. Kadir dan enam Exco Halam daripada menghadiri persidangan DUN.

Mereka anggap tindakan Speaker menggantung Zambri dan Enam EXCO halam itu sebagai amat melucukan dan kelakar. Tetapi kini mereka terpaksa menjilat semula kata-kata mereka itu.
Langkah yang mereka ambil itu membuktikan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa yang vital.

Tidak berapa lama dulu, puak Umno/BN sibuk satu negara menimbulkan isu tentang kelas KEMAS di beberapa Dewan Orangramai Negeri Perak kononnya telah dikunci oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Tetapi hari ini , gara-gara mahu menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) tadi, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu dikunci oleh mereka.

Apa yang menghairankan apabila Hakim tidak benarkan speaker Sivakumar diwakili peguam swasta dengan alasan ia entiti kerajaan - hanya boleh diwakili oleh LA atau AG . Persoalannya mengapa pula MB – juga entiti kerajaan boleh pula diwakili peguam swasta? (dia anggap MB tu tak sah agaknya?).

MB Zamri hanya minta injunksi halang speaker adakan sidang DUN tergempar sahaja - dia buat keputusan larang speaker adakan sidang tanpa perkenan Sultan. - lain minta lain pulak keputusan.

The restriction in the Government Proceedings Act on “public officers” using private lawyers only with the permission of the Attorney General does not apply to the Speaker of the Legislative Assembly of Perak defending a suit brought against him in his capacity as Speaker. Thus, the Ipoh High Court decision to bar Tommy Thomas and others from acting for Speaker Sivakumar is, with respect, wrong.

It appears that Ipoh High Court Judicial Commissioner Yang Arif Tuan Ridwan bin Ibrahim has ruled that private lawyers cannot appear on behalf of Speaker of the Perak State Assembly Sivakumar in the litigation against him brought by UMNO Assemblypersons because of the Government Proceedings Act 1956.

This decision is of particular interest to those concerned with the right of litigants to have an advocate to champion his cause in Court without fear or favour. Regrettably, and with respect, it appears that this decision does not seem to be in line with the provisions of the Government Proceedings Act 1956 read together with the Federal Constitution.

Section 24(3) of the Government Proceedings Act 1956 seems to suggest that the State Legal Adviser must retain advocates and solicitors in order to act on behalf of the “State government” or “State officers” in “civil proceedings by or against the Government of a State or a State officer”. This follows on from sections 24(1) and (2) which provide that law officers (meaning lawyers from the Attorney General’s Chambers) “may” act on behalf of “public officers” who are sued by virtue of his office.

Thus, the law allows for the Attorney General’s Chambers to act or to appoint private lawyers to act for cases against public officers.

The term “public officer” is not defined in the Government Proceedings Act 1956. The Interpretation Act has the following definitions:-

“public office” means an office in any of the public services;

“public officer” means a person lawfully holding, acting in or exercising the functions of a public office;

“public services” means the public services mentioned in Article 132 (1) of the Federal Constitution;

Article 132(1) of the Federal Constitution lists out several public services such as the armed forces, the judicial and legal services, the police service and the general public service. In a nutshell, the public services are what is commonly called government service or civil service.

But Article 132(3)(b) is instructive. It categorically states that “the public service shall not be taken to comprise” the Speakers of Parliament and the Legislative Assemblies of the State.

Hence, it appears that the restriction in the Government Proceedings Act on public officers using private lawyers only with the permission of the Attorney General does not apply to the Speaker of the Legislative Assembly of Perak defending a suit brought against him in his capacity as Speaker.

Thus, the Ipoh High Court decision to bar Tommy Thomas and others from acting for Speaker Sivakumar is, with respect, wrong.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.