Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, March 1, 2009

Bakal PM ke tu!!

Nampak sangat bakal PM kita ni ada sikit kurang dalam menghadapi situasi semasa .

Pertama sekali masa kes Saiful dulu. mula-mula bakal PM ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, baru bakal PM ni tukar kenyataan cakap kenal pula.

Tu baru gertak dengan gambar Si Saiful dekat ofis ,belum tunjuk gambar Saiful salam dengan dia lagi...

Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal seluruh dunia tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap mana yang nak mintak biasiswa nak jadi juruterdang berlatih di Kota Baru Negeri dibawah kawalan TG Nik Aziz ,jumpa bakal PM nak bagi sokongan untuk dapat biasiswa yang sepatutnya tak layak dapat biasiswa kerana mengaji tak lulus pun.

Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si Saiful sekali lagi pergi jumpa bakal PM dan Isteri yang cukup prihatin sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena ganggu oleh DSAI pada waktu tengahari padahal sebelum tu bakal PM dah cakap jumpa si Saiful sekali cuma masa dia nak mintak sokongan untuk biasiswa. Lepas ni kalau sesiapa yang tak lulus periksa nak minta biasiswa bolehlah pergi jumpa bakal PM ke atau PM ke minta sokongan nak dapatkan biasiswa.


Kali kedua bakal PM tersasar ialah bila dengan bangganya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…". Tapi selang tak lama lepas tu beliau memberi amaran supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi...

Tak lama lepas tu jugak satu lagi kenyataan dikeluarkan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu dengan bangganya semasa menjawab perbahasan bajet 2009 mengeluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…", ketika baru menjawat menteri jaga kantung Negara katakan.
sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk
ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan
Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks
Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%,
November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752
orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga
minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi
USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800
setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga
getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram
pada 2 Julai 2008.
Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52
mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008.
Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.
Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun 2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara.
Berikutan kelembapan pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar dua angka.

Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun
2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian antarabangsa Basel.
Apa kata DS Najib dalam jawapan pada 18 Feb 2009 lalu dalam parlimen,
Terbaru sekali bakal PM ni keluarkan lagi kenyataan yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak. kenyataannya ialah bilamana beliau di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"

Apa yang dijawab oleh bakal PM "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenarnya kenyataan beliau "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu la kut ana agak dalam hati beliau?


Ada lagi bakal PM ni sebut nak menjerat MB haram Perak ni komen beliau pasal isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN. Apa kata beliau - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... sambung beliau lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan." sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%, November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752 orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800 setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram pada 2 Julai 2008.
Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52
mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008.
Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.
Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun 2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara. Berikutan kelembapan pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar dua angka.
Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun
2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian antarabangsa Basel.
Tetapi mereka sebenarnya tidak sedar kuasa memanggil sidang Dun hanya terletak ditangan Speaker yang menangguhkan sidang tidah bertarikh pada November yang lalu.

Perlu diingat kuasa Sultan untuk perkenan sidang Dun adalah setelah Dun dibubarkan dan satu sidang Dun baru hendak dibuat barulah Sultan diminta perkenan untuk merasmikan sidang Dun.

Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, jelas kepada Speaker untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.


Apa maknanya tu? Sudah terang lagi bersuluh bahawa dia pun belum pasti yang kerajaan rampas kuasa ni sah ke tidak ikut perlembagaan. Memang itu sajalah tahap pemikiran yang kita ada nak pimpin kita nanti, sampai semua rakyat dah tau pun beliau masih belum tahu lagi.
Rupanya beliau pun tak yakin yang kerajaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah kerajaan yang tak sah dan dalam masa yang sama dia dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

Apa tunggu lagi, cepat-cepat suruh MB kerajaan rampas kuasa ni bungkus dan balik Pulau Pangkor saja .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.