Friday, May 8, 2009
Krisis Perak, angkara siapa?
Terlakar sudah sejarah Negara didalam peta dunia, sejarah DUN Perak yang sudah boleh di Ceroboh oleh Polis sehingga mengheret keluar speaker yang dilantik oleh DUN atas alasan mereka dijemput oleh speaker yang dilantik bukan oleh DUN. Itu diakui sendiri oleh KP Perak.
Tahniah ana ucapkan kerana Malaysia boleh, sesuai dengan moto dimasa Tun Dr M yang di recycle dizaman DS Najib ini, almaklum lah setelah menjadi kan beka s PM sebagai penasihat utama beliau. Jelas terbukti bilamana KP tidak dilantik menjadi menteri sesuai dengan hasrat Mantan PM itu. Atas alas an rasuah, tapi yang rasuah jugalah boleh pula dijadikan ketua menteri, bingung kita tenguk PM yang bijak bistari dinasihatkan oleh manusia yang maha pandai ini.
Memang Malaysia sekarang ini sudah gah seantario dunia kerana sering diperkatakan oleh berita dan cerita didalam akhbar-akhbar termasyhur dunia kebelakangan ini. Nampak mungkin lepas ni ekonomi Negara kita akan boom meningkat naik mendadak dek kerana ke’femous’an Negara kita dan pemerintahnya kini.
Kalau kita renung sejarah persidangan parlimen atau pun persidangan politik dunia, baik ditimur maupun barat, perselisihan pandangan dan pendapat sehingga kepada pergaduhan didalam dewan hanya melibatkan anggota dewan dan bentara terbabit tanpa campur tangan orang lain , melainkan kalau sampai kepada tembak menembak atau nyawa, maka pasukan keselamatan mungkin akan mengambil alih suasana.Macam yang sering berlaku di Thailand, tetapi tak ada kita dengar berlaku pergaduhan dalam dewan setakat pertengkaran dan perebutan kerusi tetapi pasukan keselamatan masuk tarik keluar speaker, hanya Malaysia boleh saja ada. Tahniah PM baru .
Yang anehnya didalam Negara 'Malaysia boleh' ini, nampaknya macam cerita anak-anak tadika yang bergaduh disekolah, bila tak dapat nak berhujah atau selesaikan masalah, balik repot kat mak bapak, lalu datanglah siibu dan ayah menyerang lawan anak tadika yang tak berakal tadi , maka pada anggapan siibu tadi maka selesailah masalah pergaduhan anaknya itu, tetapi rupa-rupakan itulah yang menjadi permulaan kepada satu permusuhan yang pasti akan berlanjutan. Macam yang bermula di Perak sejak bulan Februari lepas. Dalam dewan dah tak boleh nak selesaikan masalah kerana MB tak sah, Speaker tak sah dan EXCO serta MB yang digantung masuk dewan serta yang hantar surat letak jawatan juga masuk nak bersidang jugak, maka polis dipanggil untuk seret speaker yang sah keluar, yang ni tak pandai ana nak ulas cuma kena tanya pakar perlembagaan Tuan Tommy Thomas atau Prof Dr Aziz Bari la.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment