Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, May 7, 2009

Aku diheret keluar. 2 kali jatuh. adoi. Polis buat kerja ni, akui KP Perak.

Kata Sivakumar speaker sah DUN Perak, beliau diheret dan diseret keluar dari kerusi speaker dalam menjalankan tugas yang sah sebagai speaker DUN Perak orang manusia yang bernametag dan pakaian kemas yang merupakan bukan orang yang bertugas didalam dewan, tetapi orang luar, yang tak sepatutnya mengganggu sidang dewan . Apakah ini sah didalam perlembagaan Perak.
Si Zambry yang melelong Camry kata, PR tak ikut undang-undang, bertindak liar didalam dewan dan mengganggu sidang hingga menyusahkan Raja Muda sehingga 5 jam tidak dapat nak meresmikan sidang dewan. Kita nak tanya siapa yang berkuasa dalam dewan, Speaker atau MB atau Polis, dan bila speaker arah suruh keluar pasal kena gantung kenapa tak keluar, dan bila speaker suruh keluar kerana dah letak jawatan kenapa masih bertenggek dalam dewan lagi, jadi siapa yang ingkar arahan speaker dan siapa yang tak ikut peraturan dan undang-undang dewan. Sepatutnya ikut peraturan, Speaker dah tolak usul lantik speaker baru, maka maka Si Ganesan tidak boleh pandai-pandai nak ambil alih tugas speaker kerana speaker masih wujud lagi , dan ini semua adalah kerja manusia gila yang tak ikut undang-undang dan peraturan dewan.
Dah tu speaker telah arahkan supaya Ahli Parlimen dibenarkan masuk jadi pemerhati didewan, tetapi si bapak polisi pi tangkap pula depa ni pasai apa, dan kenapa pula kawasan dewan yang jadi kawasan awam boleh masuk dijadikan kawasan larangan atas permohonan polis pulak, siapa punya kerja semua ni????.
Apakah ini semua ikut undang-undang dan peraturan wahai MB belum sah DS Zamry ooi.
Heran ana bila dia kata PR tak ikut undang-undang, yang dia rampas Perak dari PR tu ikut undang-undang ke atau ikut hukum rimba yang diatas oleh orang tertentu ke.
Tuan-tuan buatlah ulasan sendiri.

Ana belum pernah terdengar manusia luar yang bernama polis masuk dalam dewan ganggu ketenteraman didalam dewan atau membuat kacau didalam dewan, bahkan di Korea pun belum pernah dibuat pekara macam ni,walaupun mereka sering baling kasut dan berbagai objek masa pergaduhan didalam dewan, kerana sudah ada bentara yang diberi tugas didalam dewan, malang sekali Malaysia dibawah PM baru yang terkenal seantara dunia dengan kes.......... tanya akhbar dunia la, ana tak tahu.

Akui ketua polis Perak, Zulkifli also defended the police for removing V. Sivakumar from the state assembly as it was requested by the new speaker Datuk R. Ganesan.

“The request was made because the speaker found that he could no longer control the situation. The police were asked to help and it is our responsibility to help maintain order in the assembly. So what we did was to help remove the person who had been ordered by the speaker to leave,” he explained.
Pasai apa masa speaker sah ikut undang-undang DUn Perak suruh MB Tak Sah DS Zamry dan 6 orang yang kena gantung keluar hampa tak pi tolong heret mereka keluar, tapi bila speaker haram tak sah suruh, hampa pi pulak. Tu pasai tok ana kata dulu masa ana masih disekolah rendah hampa nak kerja apa pun besar nanti boleh, tapi jangan kerja polis sudah lah , tok tak redho, pasai apa, ana tak tau kena tanya tok ana la, tapi beliau sudah 10 tahun meninggal.


Tun Dr M pun kata BN gopoh sangat, tak pa kita tunggu di Penanti no, lepas ni di Kuala Nerang noo.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.