PM baru, kaedah pun baru.
1.Ana tertarik baca akhbar sehari dua ini kerana melihat telatah yang agak melucukan dan amat berlainan daripada amalan yang telah berlaku dalam BN dan Negara kita ini. Apa tidaknya bica dalam akhbar hari ini dengan penuh takzim dan berakhlak maka PMkita menyatakan bahawa beliau akan menyerahkan kepada majlis BN untukmemutuskan hendak bertanding atau tidak didalam PRK Penanti nanti. Baguslah kalau macam tu , PM kata tak perlu tergesa-gesa nak tentukan nak bertanding atau tidak, tarikh penamaan calun pun lambat lagi.
Ana kata berlainan daripada masa lalu, kerana mereka takut kea tau memang nak ikut peraturan , kerana kalau kita lihat di KT dulu, belum pun apa-apa masih laghi kawan tu dok dalam kabinet, masih lagi senator, dah umum nak lawan di KT tu. Padahal pihak lawan belum pun ada apa-apa lagi, bahkan calun pun belum tentu siapa lagi, tup-tup apa mereka jangka dan penuh dengan persiapan tak terjadi,orang lain yang lawan maka menanglah MAWE di KT dulu.
Cuma satu saja yang ana boleh fikir sekarang ni, Najib sekarang ini hanya satu yang dia paling runsing, kalah sekali lagi di Penanti,almaklumlah orang baru jadi PM mestilah tunjuk prestasi yang menggalakkan, ini dia seorang ni asyik masuk saja PRK, semedang kalah, siapa tak susah hari. Ni dengar kata Manoharan Kota Shah Alam pula nak letak, mungkin satu lagi lah PRK. Tak tahu apa nak diulas oleh PM kita, tapi kalau kita lihat ulasan Timbalan dia,ana Nampak macam ketua Pemuda cawangan saja yang bagi pendapat, bukan TPM punya idea tu. Ada ka dia kata masih ada masa lagi nak berkhidmat kalau belum tentu beliau nak duduk dalam ISA tu berapa lama lagi, memang ladia tak ada kesalahan, habis pasal apa duk kurung dia dalam Kemunting sampai sekarang ni,kalau dah tak salah lepas saja lah.
Nampaknya kedua –dua PM dan Timbalan sekarang ni macam orang kata kambing yang jumpa bijio buah bacangla, nak telan takut lekat nak luah sedap, maka kulum la sampai hamcur biji tu,last=last bila pecah dapat rasa pahit saja lah.
2. Benda satu lagi yang ana nak semua rakyat tahu adalah pasal SPR kata nak guna system biometric dalam masa pengundian. Sekali dengar memang Nampak bagus dan cantik sofistikated dan canggih serta memenuhi hasrat rakyat supaya penipuan tak berlaku dalam masa pilihanraya. Tetapi kalau direnung kembali, apakah akan wujud prasarana yang membolehkan computer dan adanya elektrik disemua tempat pembuangan undi nanti terutama di Sabah dan Sarawak . Bila sebut biometric dan cap jari, kita jangan ingat ianya hanya cop jari dan lepas tu pergi mengundi, tetapi kena ingat bahawa maklumat yang menyimpan data cop jari dan system untuk membaca data dan membuat perbandingan, mestilah perlu ada internet dan server, bayangkan dalam suasana yang ada hari ini, dengan kabel yang sering dicuri dan broadband yang masih belum sampai kemana, bagaimana ianya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Tak tahulah ana mungkin 2020 bila Negara kita sudah maju macam Singapura tu, mungkin lah boleh buat kut, Cuma apa yang bersih nak buat masa ni adalah celup jari dulu, macam India dan Indonesia buat tu.
Memang kita ni berlagak sakan bila sebut India dan Indonesia, Nampak mereka tu lebih mundur daripada kita, tetapi dalam hal ni, walau pun kita lebih maju, tetapi ketelusan mereka dalam menghadapi pilihanraya Nampak lebih telus dan lebih demokratik. Kalau kita tanya pakar computer pun, mereka kata memang baiktetapi setakat mana system itu dapat mencegah penipuan adalah bergantung kepada manusia yang mengendalikan system tersebut, bilamana unsure penipuan ada dalam jiwa, maka sistemapa pun yang kita guna maka ketelusan pasti tidak akan terlaksana , melainkan seseorang itu takut hanya kepada Allah, tuhan pencipta ala ini, kerana sudah pasti apa yang dibimbangi adalah bilamana kita akan dihidupkan semula dan akan dipersoalkan dengan apa yang kita telah lakukan semasa hayat ini.
3. Tertarik juga untuk ana ulas apa yang menjadi kemelut antara PAS Pulau Pinang terutamanya Pemuda dengan PAS pusat berhubung dengan calon di Penanti nanti. Sekali lalu Nampak macam ada berlaku percanggahan diantara Pemuda dengan orang tua, tetapi bila fikir dalam-dalam Nampak ini memang satu strategi yang cukup cantik dibuat oleh anak muda kita demi untuk menjadi umpan supaya BN sudah pasti akan letak calunnya di Penanti nanti. Dengan adanya masalah ini, bacaan politik bodoh penganalisa menyatakan bahawa melihat suasana ini maka si ketua BN nanti akan bermesyuarat dan menyatakan oleh kerana peluang untukmenang cerah kerana berlaku krisis dalaman PR maka kita akan masuk bertanding dan akan menang di Penanti nanti. Bijak dan tahniah Pemuda, syabas.
Wednesday, May 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment