Sunday, May 3, 2009
Sesuatu yang perlu diambil dari negara jiran, Singapura.
Maaf kerana tak update banyak hari.
Ana hujung minggu , dari Jumaat hingga Ahad lalu telalu menyertai rombongan Muzium negeri Kedah melakukan lawatan sambil belajar ke Muzium Singapura bersama 12 orang lagi termasuk ketua Jabatan dari setiap unit di Muzium Negeri Kedah yang di ketuai oleh YB Dr Hj Hamdan selaku EXCO Kebudayaan dan kesenian serta belia dan sukan.
Banyak tempat menarik yang dilawati dan apa yang menjadi peransang kepada ahli rombongan dan ketua jabatan semua adalah bahawa kita mengakui sejarah Singapura memang berasal dari Negara kita tetapi cara dan teknik persembahan mereka agak menarik sesuai dengan zaman moden ini, iatu penggunaan teknologi moden agar tidak menjadikan bahan sejarah itu usang dan kaku.
Walaupun diakui kita juga mempunyai jumlah artifek yang banyak, mungkin lebih banyak dari yang dikumpul di Singapura didalam muzium mereka, tetapi kaedah penyusunan dan persembahan mereka dengan menggunakan sejarah kronologi menjadikan ianya lebih menarik serta penerangan daripada pengiring yang cukup meyakinkan .
Suatu perkara yang perlu dicontohi di Singapura adalah mereka mempunyai ramai pengiring atau tour guide sukarela yang bertugas sepanjang masa mereka ada ruang tanpa ada apa-apa imbuhan atau elaun atau gaji, demi berkhidmat untuk negara.
Mingkin itulah sikap yang ditanam di Singapura hingga kita dapati kebersihan yang cukup enak mata memandang dan disiplin didalam sesuatu perkara yang ingin dilakukan cukup teratur saperti 'q' didalam mendapatkan sesuatu dimana kita masih kurang dalam hal ini. Tidak ada kerosakan didalam kumudahan awan yakni tiada vandalism , menjaga kebersihan yang tidak perlu ada denda dan disiplin didalam pemanduan cuma apa yang menjadi mereka berdisiplin adalah Singapua itu 'fine ' country.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment