Kerja lanun. Itu yang boleh ana kata kepada semua yang menculik dan mengurung Speaker Sivakumar di DUN Perak siang tadi setelah berlaku kekecuhan dan kemelut yang melanda DUN Perak sejak rampasan kuasa haram beberapa bulan lalu.
Apa yang manjadi gila lagi bila dalam suasana speaker masih ada dan waras untuk mengendalikan sidang maka dilantik speaker baru untuk mengendalikan dewan atas alas an ada usul untuk memecat Speaker yang sah padahal usul itu ditolak . Macamana pula hal ini boleh berlaku dalam keadaan peraturan dan perlembagaan Perak sudah ada dan wajar dipatuhi.
Itulah yang dikatakan kerajaan lanun ni. Culik dan kurung, lepas tu buat sidang tak ikut perlembagaan. Kan pakar undang-undang perlembagaan dah kata kemelut di Perak hanya boleh selesai dengan bubar saja DUN dan buat Pilihanraya semula. Itu yang PM tak mau dengar tu, Penanti pun masih nak menanti, Perak nanti terus pengsan la kut.
Hari tu beria-ia sangat kata dah dapat Perak, tapi bila dua bukit merudum, la ni baru la sedar bahawa segala penipuan dan perlanggaran perlembagaan sudah disedari rakyat yang makin cerdik.
Hairan juga ana bila persidangan yang berlaku dalam dewan dimana Speaker berkuasa penuh mengendalikan dewan, tetapi tiba-tiba wujud manusia bertali leher lain yang tak dikenali memenuhi dewan dan mengepung speaker dan mengheret speaker keluar, apa nama kalau bukan kerajaan lanun macam ni, arahan siapa semua ni, padan la akhbar luar negara tak kena saman walau tulis apa pun dalam berita mereka kerana mereka tahu mereka akan bebas punya.
Tak tahulah ana nanti bila sidang dewan parlimen nanti semua bentara akan diganti oleh simanusia tak dikenali macam ini lepas tu kepung semua pak menteri atau ahli dewan macam yang dak berlaku di DUN Perak ni. Ini perlembagaan mana pula yang depa turut pun tak tahu nak ulas.
Hanya yang kurang tak cerdik adalah polis yang tangkap Mat Sabu di KL, bawa mahkamah, nak reman tetapi gagal, kesian kat depa. Maklumlah nak buat kerja tak fikir dulu, bila kita tanya mana-mana pegawai polis pun, depa kata ikut arahan, last-last sendiri malu la, tu nasib baik tak terdedah kemaluan, kalau tidak lagi teruk la nuh.
Ana kadang kadang kesian juga kat depa yang kerja ikut arahan ni, macam la kepala hotak tak boleh fikir logic dan rational arahan tu, asyik nak tangkap dan berkas saja, lainkali pakailah akal yang Allah anugerah tu barulah sesuai kita dinamakan manusia yang berakal.
Lepas ni tak usah la nak desak orang suruh masuk dalam grup ni kalau kerja hanya ikut arahan sebab manusia berakal zaman internet ni lebih baik kerja guna akal daripada kerja ikut arahan. Buka lah peluang banyak mana pun, ana rasa tak bersemangat anak muda nak join .
Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment