Saturday, June 27, 2009
Dialog di Bukit Jenun
Balik kekawasan hujung minggu ini masa dipenuhi dengan undangan program oleh Kelab Penyokong PAS Pendang yang dirancang khas oleh AJK kelab dan ini merupakan program khusus kendalian mereka dengan kerjasama PAS kawasan dari lajnah antara kaum.
Hari Jumaat 26 Jun 2009 program dialog dan sumbangan telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bukit Jenun. Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan tertib dipengerusikan oleh SU PAS Kawasan .
Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin dan kebanyakannya berkisar pada masalah pembangunan diluar bandar terutama kemudahan asas dan bantuan kemiskinan. Apa yang menjadi masalah kepada rakyat dikampong adalah pembangunan yang dijalankan banyak memilih bulu dan berlaku diskriminasi sehingga ada yang tidak mendapat kemudahan asas saperti jalan mini tar dan air paip serta letrik dek kerana berlainan fahaman politik dengan agensi pusat.
Ana dah banyak kali menyuarakan masalah ini dan sudah banyak yang ana lakarkan dalam blog ini pasal diskriminasi ini, lalu satu saja ana jawab iaitu kalau kita dapat tukar kerajaan pusat, insyaallah ana berjanji bersama dengan rakan-rakan perkara diskriminasi ini tidak akan terjadi lagi kerana apa yang kita buat sebagai pemimpin didunia ini pasti akan dinilai dan dibelasi oleh Allah diakhirat kelak.
Majlis juga diikuti dengan penyampaian sumbangan ala kadar kepada mereka yang kurang bernasib baik dari kalangan Melayu, Cina dan India disekitar pecan Jenun.
Harapan agar program ini dapat diteruskan dimasa akan dating ditempat lain pula dan harapan ana kepada mereka agar kemnangan ini doteruskan diperingkat negeri dan pusat pada PRU ke 13 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment