Kita akan ambil guru luar untuk mengajar bahasa Inggeris disekolah.
Ana tak bantah cadangan itu. Bagus la kalau kita tak cukup guru yang cekap bahasa Inggeris , atau kita hantar saja guru yang nak mengajar bahasa Inggeris berkursus di negeri yang bahasa utamanya adalah Inggeris.
Kita akan ajar sastera Inggeris bagi memantapkan lagi bahasa Inggeris anak-anak sekolah kita.
Kita akan perkasakan lagi cara pengajaran bahasa Inggeris anak-anak kita disekolah.
Kita akan tambah waktu belajar bahasa Inggeris anak-anak kita dalam sekolah kita.
Kita akan jadikan makmal komputer sebagai makmal bahasa disekolah kita.
Semuanya ana tak bantah.
Itulah juga bendanya yang dinasihatkan oleh pakar bahasa dan pejuang bahasa untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kepada rakyat kita.
Agak revelen sikit cadangan Menteri Pelajaran TS Muhyiddin kali ini kalau nak bandingkan dengan PM dulu yang kata nak mahirkan bahasa Inggeris, kena ajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Agaknya pemimpin BN ni bila kalah teruk nak tersungkur barulah nasihat pakar bahasa baru depa nak dengar, kalau menang terus entah apa lagi yang depa nak dera rakyat ana tak dapat agaklah macam ni.
Lepas 6 tahun, baru tahu anak-anak kita terutama diluar bandar dan kampong-kampong nun jauh dipendalaman, ilmu tak dapat , bahasa Inggeris pun tak mahir. Kita jadi bodoh ilmu sains dan metametik dan kita jadi gagal dalam mencapai kejayaan kepada tidak lulus matapelajaran teras. Tujuan yang tersirat adalah untuk menggagalkan anak orang kampong dan pendalaman daripada menjejak kaki keatas kerana akhirnya mereka gagal peperiksaaan kerana gagal matapelajaran teras didalam peperiksaan penting mereka.
Ana dah ulas banyak kali hasil dari kajian pakar bahasa seluruh dunia, bahawa nak mendapat ilmu kita mesti mempelajari dengan bahasa pertuturan kita sendiri, tetapi kalau nak mendalami ilmu itu, maka bolehlah kita gunakan bahasa kedua atau Inggeris.
Kalau kita hendak mendapat ilmu dengan bahasa asing, kita kena terjemah 2 kali dalam otak sebelum nak faham dan ingat dalam kotak ingatan kita, tetapi kalau mother's tongue ' language, tak payah terjemah, terus faham dan masuk dalam ingatan.
Dan juga kalau nak pandai nahu BI kita tak boleh belajar melalui mathematik atau sains yang banyak formula dan tiada contoh ayat yang ada grammer yang mempunyai corak tatabahasa yang unik, sebab formula tak perlu kepada grammer untuk menulisnya.
Itulah BN , pihak kita dah bahas panjang lebar dalam dewan rakyat sessi 10 dulu, tapi degil tak mau dengar, sekarang dah 6 tahun barulah nak sedar dan nak pinda pula.
Hasrat yang kita nampak adalah ada orang yang dapat kontrak supply komputer, soft ware bahan pengajaran dan buku tek serta belanja nak kursus guru kepada pihak tertentu, akhirnya anak-anak yang jadi mangsa.
Satu lagi yang ana nampak adalah bila mereka ubah kepada PPSMI, maka sekolah agama rakyat akan menjadi 'jauh' kepada ibu bapa kerana disekolah ini matapelajaran tersebut tak dapat diajar dengan baik dalam BI saperti SK, lalu akan matilah sekolah agama rakyat tersebut. Maka seronoklah mereka yang bertanggungjawab memotong perkapita SAR dulu tuh!
Nasib kita orang Melayu.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment