Sekarang baru semua dapat menarik nafas panjang. Semua dah selesai. Kata pemimpin pakatan kita tak akan bentuk UG dengan UMNO/BN.
Sekarang ini kita dengar lebih banyak ajakan dan rayuan dari UMNO/ BN untuk PAS terus berbincang dalam pembentukan UG.Nampak macam berkehendak sangat dengan PAS untuk menjadi rakan kongsi ereka dalam UG ini, walaupun perkara itu telah lama diperkatakan oleh Presiden PAS dalam ucapan sudah lama dah dalam parlimen dulu, tetapi masa tu tak ada pun PRK yang PAS terlibat secara langsung ,maka tidak adalah isu, tetapi bila timbul PRK Manik Urai dimana PAS bertanding, maka kini isu itu dibesarkan semula la, kita dah boleh baca tektik mereka.
Memang menjadi lumrah dunia bila dah lemas dan hampir-hampir nak tenggelam, maka apa saja yang ada pasti akan dicapai sehingga tidak memikirkan samada yang dicapai itu selama ini ditohmah dan difitnah sepanjang masa.
BN sekarang sedang menghadapi krisis yang paling parah dalam sejarah, lihat saja krisis PPP antara Keveas dan Murugiah, krisis dalam Gerakan antara Huan Naib Presiden dengan Parti sehingga digantung 3 tahun, krisis dalam MCA dengan Timbalan Presiden Chua Soi Lek dan PKFTZ , krisis MIC antara DS Samy Velu dengan Timbalan nya, krisis SAPP yang keluar BN dan masalah dalaman UMNO sendiri, termasuk krisi di Terengganu, di Perlis , dan perlantikan Ketua perhubungan UMNO di Kedah dan Terenggau yang masih lagi menjadi satu tamparan kepada ketua perhubungan lama yang sudah terpaksa pencen sekarang ini.
Ini ditambah dengan bencana yang menimpa negara saperti runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Gong Badak dimana pembinaannya dibuat semasa DS Idris Jusoh dan Masjid kristal yang bocor sana bocor sini dan terpaksa ditadah dengan baldi bila hujan, semua ini memberitahu kepada rakyat bahawa inilah bentuk perbelanjaan yang telah dimewahkan perbelanjaan oleh pemimpin UMNO/BN tetapi akhirnya rakyat yang terima akibatnya. Begitu juga rakyat sudah tahu apa yang berlaku kepada minyak dan gas dari Kelantan yang di daratkan di Songkla dimana sesen royalti pun tak dibayar kepada rakyat Kelantan dalam bentuk royalti saperti Sabah, Serawak bahkan di Terengganu pun MB sekarang terkial-kial memohon untuk mendapatkan balik royalti yang satu masa dulu menjadi hak rakyat mereka.
Itu semua menjadi bahan cerita rakyat pelbagai kaum yangmana sekarang sedang membentuk perpaduan didalam pakatan dan bukan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN.
Kita tunggu dan lihat apakah kelemasan BN ini akan terus memetikan mereka dengan terputusnya bantuan oksigen dari pengumuman Pakatan tadi dan akan terbungkus lagi mereka di Manik Urai nanti.
Tak kisahlah nak pergi enoreh ke, nak petik kelapa sawit ke, nak jadi iam sebahyang Jumaat ke, nak baca khutbah ke, nak menjala ikan dan tidur dalam bangsal kambing atau reban ayam ke, rakyat sudah nampak mahligai pemimpin UMNO di mana-mana sejak dulu, kini dan mungkin tak selama-lamanya, kerana akan bungkus nanti.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment