Semalam, semasa RUU DNA dibahas dalam peringkat jawatankuasa, ana memasukkan 3 fasal baru untuk menguatkan lagi RUU tersebut dan menjadikan RUU itu lebih keadilan kepada yang menjadi sasaran. Dalam hal pengambilan sampel bukan intim, pihak yang mendapat kebenaran mengambil sapel hendaklah menjelaskan apakah jenis ujian yang akan dilakukan kepada sapel yang hendak diambil , dan rekod sampel yang diambil hendaklah ditulis dalam daftar rekod dan orang yang kena ambil sampel itu mestilah diberi ruang untuk mendapat nasihat peguam dalam hal pemberian sampel ini.
Tapi macam biasalah kalau kita yang bawa mesti tolak punya.
Begitu juga dengan dua lagi tambahan pada pasal 28 dan 29, juga ditolak berhubung dengan laporan bank data DNA kepada parlimen setiap tahun dan semakan semula RUU ini setiap lima tahun.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment