Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, June 26, 2009

Padan la kemiskinan tak kurang!!!!!!!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri cuba memberikan satu
gambaran bahawa Kerajaan Barisan Nasional adil kepada peruntukan, kepada semua negeri
walaupun negeri itu ditadbir oleh negeri Pakatan Rakyat. Saya hendak bangkitkan satu lagi isu
berkenaan dengan peruntukan kawasan Parlimen, peruntukan khas Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri kepada setiap kawasan Parlimen. Kalau prinsip itu, prinsip yang adil diguna
pakai oleh Kerajaan Barisan Nasional, maka mengapa kawasan-kawasan Parlimen yang diwakili
oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak boleh mengendalikan peruntukan itu sendiri. [Tepuk]
Tahun ini saya bertanya soalan kepada Perdana Menteri mengatakan, bahawa
peruntukan kawasan Parlimen ditingkatkan sehingga RM1 juta satu kawasan. Maksudnya 222
kawasan Parlimen, ada RM222 juta peruntukan pembangunan, dan 83 kawasan Parlimen
Pakatan Rakyat, RM83 juta...
DR. 25.6.2009
45
Seorang Ahli: Ya... [Tepuk]
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Akan tetapi RM83 juta itu tidak dikendalikan oleh Ahliahli
Parlimen Pakatan Rakyat. Wang itu dimasukkan dalam Pejabat Pembangunan Negeri dan
saya dengar Ketua Bahagian UMNO yang mengendalikan peruntukan itu... [Tepuk] Saya
hendak tahu ...
Seorang Ahli: Malu! Malu!
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: ...Kalau prinsip keadilan diguna pakai oleh Barisan
Nasional, maka Kerajaan Pusat sepatutnya memberikan keadilan kepada semua Ahli Parlimen,
termasuk Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengendalikan peruntukan pembangunan ini.
Terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Timbalan Menteri, Timbalan Menteri,
sekejap Timbalan Menteri. Hendak minta tambah sedikit.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin: Mana Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat
Kota Belud, belakang?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Hendak minta penjelasan Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Rakan kita daripada Rasah minta
pertimbangan keadilan. Beginilah, saya cadangkan kepada Timbalan Menteri, kita bagi RM1 juta
itu kepada mereka, apabila mereka menutup mulut jangan menghentam Kerajaan Persekutuan
tanpa memberi fitnah... [Dewan riuh] Ini betul. Masalahnya...
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Bagi dulu, bagi dulu...
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin: Masalahnya... [Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini hasil dari wang ramai, orang ramai.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin: Kalau mereka menunjukkan keadilan...
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Ini bukan rasuah kah ini? Ingat rasuah boleh tutup
mulut?
Itulah mentality puak UMNO ni. Nak suruh PAS berpadu dengan depa, terhegeh-hegeh la la ni kata perpaduan tu tuntutan Islam . Berbagai fatwa dan amanat yang diluahkan agar dapat menarik PAS berpadu dengan mereka. Gunakan habis Mufti dan Tuan Guru mana yang ada untuk mengabsahkan apa yang DS Najib cita-citakan tu. TG Haji Hadi dah kata tutup buku, maka sudah lah. Dok terhegeh-hegeh sangat ni pasai apa. Takkan bagi 1 juta satu kawasan boleh tutup mulut kut. Kalau macam tu berapa banyak duit rakyat kena guna habuan tutup mulut ni.
Kalau macam ni pegawai UMNO, macam mana berbilion duit habis tapi rakyat masih lagi susah dan ada yang belum dapat air dan letrik. Ingat di Sabah 26 % kemiskinan masih lagi wujud. Kalau itu caranya bagi 1 juta lepas tu tutup mulut , apa tak kena biarkan, apa tak adil lantak lah, apa yang berlaku kezaliman, mampus pi kat hampa, jenuh korek bumi cari minyak dan gas, tetapi rakyat dan negeri masih dalam keadaan miskin.
Harapan agar bentuk-bentuk ni tak akan berlaku lagi lepas PRU 13 nanti jika PR diberi keizinan oleh Allah mengambil alih tampuk pemerintahan dipusat.
Ana cukup kesian lihat penginayaan yang dilakukan keatas rakyat yang seagama dan sebangsa saperti yang berlaku dikawasan ana ni. Menteri jawab bukan main sedap, tapi bila rakyat mohon, syarat berjela-jela dan berbelit-belit serta berdiskriminasi habis , tinggal lagi dia tak pancung saja . Itulah namanya demokrasi di Malaysia.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.