11 perkara kononnya hadiah dari PM kepada rakyat jelata masih diperbahaskan oleh ramai kalangan penganalisa. Memang amat menarik hadiah PM kali ini. Kalau kita tinjau apa itu hadiah dan apa itu tanggungjawab dengan pemikiran yang waras dan akal yang sempurna , maka jelas sekali apa yang dikatakan hadiah oleh PM tersebut adalah jauh sekali daripada kebenaran dakwaan beliau tersebut.
Sesuatu yang kita beri tanpa perlu ada balasan kewangan daripada pihak penerima dan diberikan hasil dari usaha dan titik peluh kita dengan menggunakan wang ringgit dari kocek kita, itu pemahaman umum berhubung dengan hadiah tu. Pendek kata bagi percuma diatas sesuatu kejayaan yang kita capai.
Tetapi kalau ditinjau daripada apa yang dijanjikan dan dilakarkan didalam akhbar hari ini, jelas sekali apa yang dikatakan hadiah itu semuanya adalah auta menjelang PRK Manek Urai sahaja.
Kalau dikira satu persatu apa yang dikatakan hadiah itu, seseorang yang kurang sempurna akal dan pemikiran pun boleh berhujjah menafikan istilah tersebut.
Potongan 20 % tol bagi yang menggunakan 80 kali dalam sebulan. Bayangkan untuk mencapai kadar 80 kali kita kena melalui 4 kali tol sehari waktu pergi balik bekerja dalam 20 hari bekerja sebulan. Dan ini pula diberikan setelah dinaikkan 20 hingga 60 % suatu ketika dulu. Maknanya ada yang masih berlebihan 40 % daripada diskaun yang diberikan oleh PM kali ini hasil kenaikan yang dibuat oleh DS Samy Vellu dulu. Dimana hadiahnya. Mereka ingat rakyat sudah lupa, naik 20 hingga 60 % lepas tu bagi konon hadiah 20 % itupun kalau lalu tol 80 kali dalam sebulam, Jenuh habis duit baru nak dapat. Tetapi bukan bagi orang biasa, kena masuk dulu duit dalam akaun mereka melalui Touch and go dan smart tag, bayangkan kalau berjuta orang masuk dulu duit dalam akaun t& G tu, berapa banyak untung mereka dak cekau dulu. Auta punya idea.
Pasal bagi permit teksi 3000 lagi tu, ana tak nak ulas panjang Cuma bila jumpa pemandu teksi, apa mereka kata lepas ni kena joint menteri pi motong getah la balik sebab dalam suasana permit yang ada pun nak dapat bayar hutang kereta pun agak perit, ni tambah lagi 3 K, nampaknya kena cari kerja lain la kot. Persoalan yang mereka Tanya, permit tu bagi free sebagai hadiah kea tau kena juga bayar tiap-tiap tahun, atau teksi tu ke yang dapat hadiah ?
Pasal rumah yang di Wilayah dibenarkan untuk dibeli oleh penghuni melalui sewa beli dan bukan macam lani SSM, sewa sampai mati, ramai sahabat kata hadiah penama macam ni, serupa macam lama jiga la, Cuma kalli ni boleh jadi hak milik tapi kena bayar, usah lah buboh nama hadiah, tukar le kepada beli saja tetapi melalui kaedah ijarah thumma baik, baru rakyat Manik Urai tak keliru. Mungkin nak tunggu PM pi Manik Urai kot baru nak beri penjelasan pasal segala auta hadiah ni.
Cuma yang boleh sikit dinamakan hadiah bila sebut pasal saham 1 Malaysia tu. Nak beri kepada orang tertentu, tapi siapa pilih orang tu, dan siapa siasat orang tu, betul ke layak atau hanya pakai tangkap muat, yang miskin dan betul-betul memerlukan macam selalulah tak dapat, yang sudah ada kereta berderet itu yang dapat. Tapi yang keluar saham berbilion tu, tak kena bayar ke, yang namanya hadiah tu hanya berapa persen saja, yang lain tu bukan hadiah. Usahlah kelrukan rakyat kata hadiah, cakaplah jual saham, itu pun nampaknya nak jadi saham kora bau. 20 tahun kalau beri harga RM1, la ni tinggal RM 0.25 . Tak caya Tanya lah saham-saham negeri yang macam nak mampus mereka yang hutang bank beli saham dulu nak bayar balik. Hadiah pa nama macam ni.
Pasal elektrik di Sabah dan Serawak, jalan raya dan yang lain tu, nak buat tu duit dari gaji PM kea tau duit dari kantung Negara. Kalau duit PM boleh lah sebut hadiah, tapi kalau duit kantung Negara itu namanya tanggungjawab dan amanah untuk laksanakan kewajipan sebagai pemerintah. Kalau tak buat, tunggu nanti azab Allah diakhirat pasal tak tunai amanah. Duit tu bukankah hasil dari bumi Negara ini dan cukai dari rakyat jelata semua, janganlah namakan hadiah kalau macam tu.
Pinjaman TEKUN dinaikkan, la pening kepala rakyat nak fikir. Apa punya idea ni, dah nama pinjaman naik ke kurang ke bukan lah boleh sebut hadiah. Kalau kata 150 juta PM berihadiah kepada rakyat yang miskin nak berniaga tanapa perlu bayar, barulah boleh nama hadiah. Pelik betul otak orang nak kalah pilihanraya ni, bagi pinjaman dikatakan hadiah pulak, itulah kalau belajar math dalam bahasa inggeris sampai pinjam dan hadiah pun dah keliru.
Cegah jenayah, apa pulak hadiahnya. Bukan kah kerja polis yang dibayar gaji oleh duit rakyat itu adalah mencegah jenayah, atau selama ini polis tak berusaha cegah jenayah sehingga PM nak kena bagi hadiah kepada rakyat pasal cegah jenayah ni. Atau tugas polis cegah jenayah tak payah bayar gaji kut, kerana PM kata itu adalah hadiah kepada rakyat sempena 100 hari dia perintah Negara. Mana dia kes siasatan Kugan, Kes video Lingam, kes BPR siasat KPN dulu dan kes KPN siasat Pengarah BPR dulu dan banyak lagi kalau nak korek, apakah ini juga hadiah untuk rakyat. Sampai tanggungjawab dengan hadiah pun dah keliru PM kita ni, siapalah yang jadi penasihat dia pun tak tau. Sebut juga sebagai hadiah adalah nak cegah rasuah, tu yang tubuh SPRM bagai nak rak kami bahas dalam parlimen tu apa ke bendanya, bukankah itu lah tugas SPRM, bukan nak siasat kereta dan lembu saja, siasat la sama pasal apa stadium boleh runtuh walau dignakan hanya baru setahun, pasal kolam renang yang bocor sampai peniaga takut nak berniaga takut dinding pecah, pasal ketua Menteri dan Ketua Pemuda yang rasuah tu tak kan lupa kot, ini nak nak beri hadiah ke, atau senagai hadiah kepada rakyat maka yang rasuah pun boleh pegang jawatan Ketua Menteri biar habis hak negeri dilelongnya.
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment