Sunday, July 12, 2009
Hadiah ke tanggung jawab!!
Terbeliak biji mata rakyat berfahaman UMNO bila meneliti hadaiah yang dijanjikan PM 100 hari semalam. Ana bukan apa, terkejut kerana PM kita ni sanggup melanggar adat dan budaya yang telah kemas tertanam dalam benak rakyat semua bahawa 100 hari seolah-olah harinkeramat untuk menilai seseorang baik atau tidak masa depan politik beliau dalam negara . Terkedu juga bila terlalu banyak hadiah yang dilakarkan dalam akhbar harian hari ini pasal sebelas hadiah tu, kenapa tidak seratus atau beratus-ratus hadiah lagi. Naik hairan juga ana kenapa semua yang dihadiahkan itu hanya merupakan hak rakyat yang dirompak oleh kerajaan UBN selama ini. Apakah yang dikatakan hadiah itu adakah duit elaun atau gaji PM kita atau pun hasil dari kocek beliau sampai dinamakan hadiah kepada rakyat.
Ataukah selama ini rakyat yang jenuh membayar tol sehari dua kali pergi dan balik kerja yang disekat oleh bekas Menteri Kerja Raya setiap hari tidak lagi layak mendapat diskaun, hanya kalau bayar 80 kali baru boleh. Kalau macam tu maknanya setiap pekerja yang kena melalui jalan bertol untuk pergi kerja tidak adalah harapan untuk hadiah ini. Kenapa tidak dimasukkan saja diskaun kedalam setiap kali kita hendak top up saja, bukan kepada 80 kali bayar tol .
Begitu juga dengan kos mendapat lesen, kenapa dipayahkan proses sehingga begitu sekali mahal harga nak ambil test lesen motosikal sehingga tak sanggup anak sekolah yang layak hendak belajar memandu sehingga mereka lebih rela merempit daripa mengambil lesen.
Janji nak kurangkan jenayah, dah berapa kali dah janji hanya tinggal janji, nak kurangkan rasuah, tubuhlah apa badan pun kalau yang masih merasuah pun masih lagi jadi menteri dan orang besar politik pemerintah, rasanya sampai kiamat pun rasuah ini tak boleh dihapuskan. Lihat saja apa yang berlaku kepada dakwaan didalam parlimen pasal penglibatan KPN dengan along saperti terdapat dalam ucapan MP Kubang Kerian. Apakah tindakan SPRM kepada aduan Kak Min semasa PRK Penanti hari tu, dah selesai siasatan ke atau bila habis PRK maka kes pun habis , mana bukti dan mana orang yang benar-benar terlibat atau SPRM hanya menjadi anggota BN yang ke 16 saja atau saperti kata LKS MACC ini hanya Malaysian agency for cars and cows.
Kalau pasal lembu dan kereta cepat-cepat siasat, mana pergi pegawai adakah telah menjalankan siasatan terhadap rumah bernilai 24 juta atau 3 juta saja , dah buka fail ke belum.
Begitu juga dengan amanah saham, apa sudah jadi dengan ASn dan ASB yang merangkak naik macam kora bau ( kata Dato' Fadhil Nor), dan amanah saham negeri-negeri yang jauh lebih murah berbanding harga mula dilancarkan dulu, yang letih kena bayar hanya hutang bank yang menimbun dek terpengaruh degan janji amanah saham dulu.Nasib baik mereka yang tak pernah terpedaya dengan janji kora bau ini.
Permit teksi, adakah ini hadiah yang menggembirakan pemandu dan penyewa teksi, dalam suasana 2 ribu permit yang ada sekarang ini pun, merangkak mereka nak dapat penumpang dan membayar hutang, bayangkan ditambah dengan 3 ribu lagi, kalau mereka duduk dibandar besar mungkin ada penumpang bagaimana dengan yang berada dibandar kecil dan sederhana, dah pasti hutang kereta pun agak sukar nak lunas nanti.
Pasal pembangunan Sabah dan Sarawak, ana rasa inilah penipuan yang maha dahsyat diabad ini yang sanggup dilakukan oleh PM sorang ini yang itu adalah tanggungjawab sebagai kerajaan bukannya hadiah kepada rakyat.
Bahkan kalau ikhlas, mana dia royalti minyak dan gas untuk rakyat Kelantan yang dikaut oleh Petronas. Tak kan dikambing hitamkan petronas padahal yang cekau duit adalah kerajaan. Kalau pun dikatakan kawasan bertindih, kenapa didaratkan di Songkla yang jauh lebih jarak berbanding dengan Bachok yang lebih dekat. Adakah kepada Thaiand dan Vietnam boleh beri, tetapi kepada Kelantan tiada diberi faedah atas hasil bumi mereka.
Janganlah nak kelentong rakyat, apakah Manik urai menjadi alasan untuk umumkan hadiah yang bukan jadi hadiah tersebut.
Rakyat sudah cerdik sekarang ini, internet menjadi sumber kecerdikan rakyat, RTM sudah jadi sampah masyarakat saperti dalam rancangan ISu yang menampilkan Prof Ramlah Adam malam tu.
Malu ana menjadi bekas pelajar Kolej Islam mempunyai senior saperti itu punya pemikiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment