Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 15, 2009

Tahniah Pekembar , tambah jadi 6-1.( bila nak tambah lagi!)

Tahniah kepada Pekembar( kerana perkataan UMNO adalah bahasa penjajah) / BN kerana dapat mengekalkan kekalahan ke enam (6) selepas PRU 12 yang lalu daripada 7 PRK.
Tahniah kerana menurunkan bala tentera yang ramai dari menteri ke ketua pemuda yang disahkan rasuah oleh parti sendiri sehinggalah kepada sejumlah wang yang banyak dalam bentuk janji dan projek .
Tahniah kepada penuntut giat mara yang berguling bergolek dirumah mak angkat pak angkat disepanjang waktu PRK Manik Urai dan tahniah kerana segala rumah rumah, wiring karat dan uzur telah dapat dibaiki oleh mereka sepanjang berguling bergolek disana.
Tahniah kepada pengundi yang telah mendapat pekerja diladang getah yang turun khas untuk menoreh dan kempen terutama dari kalangan VVIP yang berperasaan dan berjiwa rakyat.
Tahniah kepada TPM yang akan membina jambatan 7 ke 10 juta antara Manik Urai baru dan Lama , tetapi apakan daya rasuah politik ini rakyat lebih arif kerana mereka melihat janji di Pengkalan Pasir dulu pun masih belum tertunai dan Jambatan Yahya Putra pun habis duit banyak tapi belum siap.
Tahniah kepada Askar yang membawa peralatan jentera benar nak bina jambatan segera macam semua infra dah runtuh akibat peperangan, padahal keterlibatan tentera adalah masa emergency dan peperangan untuk baik pulih, bukan masa kempen PRK.
Tahniah kepada PM yang mewajarkan diri tidak turun kerana memang dah agak nak kalah, kalau turun dengan 11 hadiah dan kalah ,maka akan lebihlah lagi sedih gundah gulana beliau.
Tahniah kepada bekas PM yang tidak turun berkempen ke Manik Urai kerana beliau tahu bila beliau buka mulut saja, maka rakyat Bukit Gantang terus menolak Pekembar (kerana UMNO adalah perkataan penjajah Inggeris) /BN disana.
Tahniah kepada anda dari Pekembar kerana menjelaskan bahawa andalah pengguna segala kemudahan kementerian untuk menarik undi dan SPR tak kata apa-apa pun , walaupun mereka tahu duit diberi untuk beli undi.
Cuma dengan rasa sedih nak ucapkan takziah kepada semua petugas dan pekerja PRK Manik Urai dari PAS dan rakan PR kerana menang walaupun dengan 65 undi kerana dengan kemenangan itu mengesahkan bahawa semua kaum sekarang ini sudah menolak Pekembar ( kerana UMNO adalah perkataan penjajah Inggeris) /BN , baik di Bkt Selambau, Bukit Gantang , KT dan kini Manik Urai yang menggambarkan komposisi kaum yang berbeza-beza. Jadi kalau Pekembar /BN nak dapat balik mandate, janganlah diskriminasi rakyat yang sama-sama bagi duit untuk memajukan Negara melalui berbagai bentuk cukai dan perkhidmatan. Lepas tu Pekembar/ BN belanja ikut selera politik mereka.
Akhir sekali tahniah kepada Datuk Mustapha Ketua Perhubungan Kelantan kerana telah mengesahkan bahawa memang royalty kepada Kelantan memang adalah hak Kelantan sebab itu Petronas tidak dapat memberi penjelasan sebelum hari mengundi saperti yang dijanjikan oleh TPM. Kalau belum mengundi dah mungkir janji, bagaimana rakyat nak bagi kemenangan lagi , bukti dak banyak pasal tak tunai janji ni. Pengkalan Pasir yang Pekembar ( kerana UMNO adalah perkataan penjajah Inggeris) menang dan janji dulu pun belum tunai lagi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.