Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, July 13, 2009

Ugut dan janji dimana SPRM.

Beliau berkata, projek pembinaan jambatan itu untuk rakyat, sama seperti pembinaan sekolah, klinik dan sebagainya.

"Pembinaan jambatan dikatanya rasuah tetapi bantuan persekolahan kerajaan pusat untuk pelajar miskin, anak orang PAS ambil juga.

"Kita nak tengok kalau jambatan itu dibina nanti, adakah orang PAS lalu atau tidak," tambahnya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih Tuan Aziz.

Yang perenggan atas tu, ulasan dan kata-kata Puan Rohani Abd Majid, Ketua Wanita UMNO tempatan , ana rasa bunyi macam Menteri yang jaga Pertanian yang jawab dalam Parlimen hari tu saja. Maknanya taraf pemikiran Menteri tu lebih kurang sama lah dengan ketu wanita tadi nih.
Adakah buat jalan lepas tu tak bagi orang PAS lalu. Bagi duit anak sekolah, lepas tu tak bagi kepada anak orang PAS. One Malaysia menatang pa macam ni. Rakyat cuma nak tanya, duit buat jambatan tu mai dari poket UMNO atau BN ke atau dari duit cukai dan hasil negara hak rakyat semua?.



Duit yang bagi kepada anak sekolah tu duit dari poket ketua hampa ke atau duit dari tabungan negara hasil daripada cukai yang dikutip dari rakyat?. Kalau macam ni otak Ketua Wanita, padan la pun hampir 20 tahun tak dapat balik Kelantan tuh. Pemikiran tak guna akal, hanya guna otak, kalau nak banding otak lembu lebih besar dari otak hampa kalau macam ni, tapi akai tak boleh pakai.
Kekadang kesian juga bila tengah manusia spesies ni bercakap, mereka jangka rakyat ni macam barang dagangan boleh dijual beli , macam harga sekupang dua, nak dihargakan rakyat dengan sebuah jambatan, kalau tak undi maka jambatan tak buat, padahal wang 1 billion hasil gas dari laut jajahan Kelantan tu mana bawa pi. Tak usahlah nak bagi alasan luar kawasan ke, kawasan tuntutan bertindih ke, cakap saja nak aniaya rakyat Kelantan takut Kelantan maju lagi bawah PAS, nanti tak ada harapan langsung UMNO nak perintah Kelantan sampai kiamat insyaallah.
Janji dan janji setiap kali pilihanraya, macam mereka janji nak bina hospital di tempat ana masa PRK 2002 selepas Ust Fadhil meninggal dulu, sampai la ni dah jadi hutan tapak hospital tu, dan dalam bajet 2007 dulu sekali lagi janji tapi hanya tinggal janji. Begitu juga Balai Polis Pendang, sampai naik hutan dan dihuni ular sawa tempat tu, janji masa PRK 2002 dulu, pun masih belum diteruskan, dah berapa kali tukar Menteri, dan tahun lepas pun Menteri yang kena tendang tu dah melawat dan berjanji dalam 2009 nak buat, tapi bila dah terkeluar, nampaknya tinggal janji sajalah.
Begitu juga janji masa PRK Pengkalan Pasir dulu di Pasir Mas, apakah sudah tertunai semuanya wahai kerajaan BN dipusat!!!!

SPRM tunggu apa lagi, takkan nak siasat lembu dan kereta saja kot, MACC Malaysian agency for COWS and CARS saja ke macam LKS sebut dalam parlimen hari tu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.