Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 16, 2009

Tahniah, rakyat didahulukan.Hadiah ke 12.

Hadiah kedua belas ( 12) sempena 105 hari jadi Perana Menteri.
Sebelum pilihanraya kecil Manek Urai, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan berbagai hadiah buat rakyat. Dikira oleh pelajar yang belajar math dalam bahasa Inggeris eleven kesemuanya. Namun, selepas BN tewas di sana kini, rakyat juga menerima "hadiah istimewa" kedua belas (twelveth) daripada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Kadar tambang baru bas sekolah di Semenanjung (kadar bulanan) bagi sektor bandar dibenar dinaikkan 6.33 sen, iaitu RM21.10 sekilometer pertama sekarang kepada RM27.43 sekilometer pertama. Manakala itu tambang bas ekspres dibenarkan naik lagi 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini.
Kerajaan juga membenarkan tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen. Dalam pada itu bagi tambang bas mini dan bas pengantara pula akan dinaikkan sebanyak 20 sen. Lebih mendukacitakan ialah kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos. Kenyataan perihal kenaikan ini telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, hari ini.
Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa tambang baru teksi turut akan dinaikkan daripada RM2 sek m kepada RM3 sekm mulai 1 Ogos ini. Dengan kenaikan ini, jelas sekali membuktikan bahawa memang apa yang diwar-warkan oleh DS Najib Razak bahawa "rakyat didahulukan" kini terbukti benar dan tepat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terus membenarkan Pekember/ BN berkuasa.
Mungkin mereka tidak merasa impaknya, kerana semuanya ada kenderaan sendiri, boleh lalu tol banyak-banyak sehingga dapat diskaun 20 % setiap bulan. Ya lah semua mereka guna smarttag dan touch and go.
Atau apakah kenaikan ini adalah hukuman kepada pengundi yang memenangkan YB Hj Fauzi Abdullah di Manik Urai 14 julai lalu.
Sekali lagi tahniah kepada Pekember /BN yang mendahulukan rakyat dengan segala kenaikan ini dan juga tahniah kerana dapat mengekalkan pretasi tanpa menang anda dalam kesemua 6 PRK di Semenanjong Malaysia ini. Insyaallah buatlah lagi PRK, rakyat akan menambahkan lagi koleksi rekod tanpa menang ini sekiranya hadiah demi hadiah yang diberikan oleh PM kepada rakyat berterusan begini. Panggillah editor Malaysia book of record untuk memasukkan ccatatan ini buat kenangan anak cucu kita dimasa akan datang.
Masa nak naikkan harga minyak dulu, dikatakan 4 billion dapat dikumpul untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam seluruh negara, tetapi yang rakyat dapat bukan perkhidmatan yang lebih baik, hadiah tambang yang akan mencanak naik.
Mulanya surcaj dikenakan dalam kenaikan tambang hanya beberapa bulan, tetapi lepas tukar PM baru, katakan pula surcaj tu bukan pasal kenaikan harga minyak, tetapi kos lain termasuk overhead dan spare part dan survice yang naik.
kalau cakap dan janji tak kelentong, bukan nama BN , kata seorang kawan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.