Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, August 18, 2009

Islam Kaffah.


Program Islam Kaffah dilancarkan malam ini di Masjid Air Puteh, Pendang.
Program yang dicetus idea oleh 3 gabungan NGO Islam dalam negara kita iaitu TERAS, WEHDAH dan SHURA yang ini melihat masyarakat Islam menjadi masyarakat yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup masyarakat Muslim masa kini. Moderator utama dalam menggerakkan konsep Islam Kaffah dalam masyarakat Islam kini adalah Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS dengan kerjasama banyak lagi NGO Islam selain yang utamanya saperti SHURA dan WEHDAH.

Umum mengetahui dan mengakui bahawa kebanyakan umat Islam masa kini sudah ramai yang tersimpang dari landasan Islam yang syumul dan sebab itulah integriti Islam sekarang sudah tercemar teruk sehingga ada yang sudah tergelincir dari landasan sebenar dan terjadinya gejala riddah secara tidak disedari.
Penghayatan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul mestilah digarap kembali kerana Islam adalah Ugama fitrah dan sesuai sepanjang zaman. Sejak dizaman Madinah yang bertakhtanya kekuasaan Islam sehingga kepada 2/3 dunia dengan kepimpinan yang diterajui oleh Islam, maka kecemerlangan ini diteruskan lagi dengan adanya semangat untuk mengembalikan kegemilangan ini agar ianya kembali bersinar semula dan dapat menyuluh masyarakt kearah penghayatan Islam yang lebih menyeluruh.
Ayat dalam surah Al Baqarah yang ke 208, jelas menerangkan kepada kita supaya meletakkan Islam itu sebagai panduan hidup kita yang memandu arah perjalanan hidup ini dengan berbekalkan kepada kitab suci Al Quran dan Hadis Nabi saw serta dipimpin oleh ulama yang takut kepada azab Allah.

Berbagai aspek didalam penghidupan kita sudah jelas tergaris didalam Islam untuk dijadikan panduan hidup, cuma masalah kekurangan kita didalam mendalami segala panduan itu yang menyebabkan kita seringkali meminggirkan apa itu kaedah muamalat Islam didalam bidang kewangan , kita lebih memilih pajak gadai daripada arrahnu, atau kita lebih memilih bank kovensional daripada sistem bank Islam dan kita lebih mengutamakan makanan buatan bukan Islam daripada usahawan muslim.
Mungkin itulah sebabnya maka dalam kehidupan kita sering terdapat masalah yang rumit untuk dirungkaikan kerana tidakmendapat petunjuk dari Allah taala kerana makanan kita haram, minuman kita haran dan penuh subahat .
Kewujudan kempen Islam kaffah atau keseluruhan ini diharapdapat menyedarkan umat islam betapapentingnya islam itu menjadi panduan hidup baik dalam bidang apa sekali pun , muamalat, jenayah, ibadat dan sebagainya barulah hidayah Allah akan turun dan kita akan mudah menghadapi masalah ini untuk diselesaikan.

Masa kini kalau kita renung dimana sana permasalahan ini umat Islam yang menjadi jura , sebut saja gejala sosial apa yang wujud dalam masyarakat pasti umat Melayu yang lazimnya beragama Islam pasti medahului, dadah, arak, rempit, judi, buang anak , zina rasuah dan sebagainya menjadi masalah yang memang sukar dirungkai melainkan mendapat hidayah Allah.
Oleh itu, harapan ana agar program Islam kaffah ini akan menggemilangkan kembali hidup Muslim sapertimana gemilangnya islam dizaman para umat terdahulu yang digeruni oleh musuh. islam hanya akan gemilang jika wasiat peninggalan nabi terus dijadikan panduan hidup semua umat islam untuk dicontohi oleh bukan Islam.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.