Begitulah bunyi program yang dijalankan di kampong Baloh pagi hingga petang hari ini yang dianjurkan oleh Sinar dan PRM Global Vission Sdn Bhd dengan kerjasama penduduk tempatan hasil muafakat JKKP dan MKK Kampong berkenaan.
Majlis yang meriah dan julungkali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman politik , bergotong royong mengadakan jamuan makan dan mengikuti ucapan dan berdialog dengan masyarakat setempat berhubung dengan masalah yang dihadapi mereka.
Majlis pada pagi tadi menjemput ana sebagai wakil Parlimen dan YB Puan Suraya Yaakob sebagai wakil DUN. Kami sama-sama diberikan ruang untuk berucap dan juga mendengar ucapan daripada Saudara A Jalil Ali Pengarah Urusan Karangkraf Sdn Bhd.
Ana lihat memang program yang dijalankan oleh PRM Global vision dengan kerjasama Sinar ini memberikan faedah yang besar didalam penyatuan masyarakat dikampong terutamanya didalam menjalankan kerja-kerja sukarela dan kalaulah roh kerjasama ini dapat diteruskan tanpa ada perasaan hasat dengki antara satu sama lain, munkin apa yang terjadi kepada orang Melayu sekarang yang serba ketinggalan dalam pelbagai bidang ini dapat kita hindarkan.
Apa yang cukup dikesalkan dewasa ini adalah semangat ini tidak wujud atau sengaja ditidakan agar perasaan sakit hati dan irihati itu meluap-luap didalam dada seseorang sehinggalah timbul perasaan benci dan marah sehingga timbul gejala fitnah dan ingin jatuh menjatuh antara satu dengan yang lain.
Kalau kita ambil saja contoh didalam membangunkan sesebuah kampong, pasti kita akan dapati disana ada rumah yang diberikan kemudahan jalan berturap dan ada rumah yang dinafikan jalan berturap, ini semua adalah kerana fahaman politik yang berlainan. Harapan agar suasana diskriminasi dan ketidakadilan ini dapat diperbaikai bila suasana harmoni didalam masyarakat dapat ditanam dan disemarakkan melalui kerjasama saperti yang ditunjukkan pada hari ini.
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment