Thursday, August 20, 2009
Kealpaan kita dalam 52 tahun.
Semasa meresmikan Seminar Perlembagaan Malaysia peringkat Negeri Kedah Darulaman yang diadakan pada 18 Ogos 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah mengharapkan rakyat agar tidak mempersoalkan kontrak social yang telah dipersetujui bersama ketika menyambut kemerdekaan. Memang rakyat baginda amat patuh diatas gesaan tersebut dan akur diatas apa yang termaktub didalam perlembagaan yang sama-sama dijunjung sebagai undang-undang tertinggi dalam Negara Malaysia ini.
Seminar sepagi yang diadakan tersebut anjuran Inspin Kedah dengan kerjasama Biro Tatanegara sudah pasti mempunyai matlamat yang sudah diketahui umum kerana bila kita sebut sahaja BTN, sudah diketahui apa matlamat dan apa tujuan badan kerajaan.
Apa yang menarik perhatian ana adalah apabila Ceramah yang diberikan oleh Dato’ Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menyentuh beberapa perkara mengenai kealpaan kita didalam memahami perkara yang terkandung didalam perlembagaan Negara menyebabkan kita menjadi saperti terpinggir didalam Negara kita sendiri dan hak kita sehingga terabai sehinggakan ekonomi pun kita tak dapat kuasai walaupun sudah 52 tahun mencapai kemerdekaan.
Lihat saja perkara 89 mengenai Tanah Simpanan Melayu yang telah dengan jelas menyatakan bahawa setiap TSM yang diambil hendaklah diganti dengan tanah yang sama keluasan dan nilai tidak saperti yang telah berlaku selama ini dimana TSM diambil dibandar tetapi diganti dengan tanah yang berada nun jauh dihulu negeri yang sudah tentu tidak sama nilaian nya berbanding tanah yang diambil tadi. Padanlah kalau kita lihat jumlah Melayu dibandar jauh berkurangan jika dibandingkan dengan yang lain.
Dalam fasal 2 perkara 89 ini, disebut mana-mana tanah disesuatu negeri yang pada masa ini bukan TSM mengikut undang-undang yang sedia ada dan belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai TSM mengikut undang-undang itu. Beliau mengulas lanjut mengenai sesuai dicucuk tanam dengan member makna bahawa tanah itu mestilah tanah yang cantik, subur dan boleh dijadikan kawasan pertanian yang sesuai dicucuk tanam dengan tanaman dan bukan tanah gersang yang tak boleh ditumbuhi dan tiada kesuburan.
Kalau ditinjau sekarang ini, sejak 50 tahun Merdeka berapa banyak TSM telah hilang dari milikan dan berapa banyak yang berganti dengan nilaian yang sama, apakah selama ini kita sedang mematuhi apa yang termaktub didalam perlembagaan Negara yang kita kata tertinggi didalam Negara itu.
Satu perkara lagi yang juga agak menarik perhatian ana bila beliau menyentuh berhubung dengan agama Islam , tentang SAR yang memberikan hak kepada pemerintah untuk memberikan apa saja bantuan kepada SAR untuk memajukan dan menyebabkan penyebaran agama Islam menjadi lebih mantap dan mudah . Cuma oleh kerana kefahaman kita tentang perlembagaan tertinggi Negara ini kurang, maka SAR ini menjadi pengemis didalam Negara sendiri dengan pelbagai alas an dan peraturan yang sengaja dibuat untuk membantut perkembangan SAR bukan membantu walaupun setelah 52 tahun kita merdeka. Dengan usaha ini, memang jelas perkembangan Ugama Islampun akan turut terbantut kerana pengajian kearah pemantapan Islam itu tidak saperti dulu lagi, payah, susah dan lembab.
Antara perkara lain yang beliau sentuh juga adalah pasal biasiswa yang jelas ada didalam perlembagaan dimana kata beliau Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong hanya perlu menyebut sahaja berapa banyak peruntukan yang diperlukan untuk biasiswa kepada orang Melayu ini, maka jumlah itu perlu dilunasi oleh pemerintah untuk dilaksanakan . Perkara ini telah banyak diperkatakan tetapi bagai air didaun keladi, bukan biasiswa yang dibanyakkan tetapi PTPTN yang digalakkan kerana ini memberikan pulangan melalui faedah yang dikenakan.
Bahkan ana masih ingat didalam perbahasan ana dalam Parlimen sessi lepas semasa RUU PTPTN dibahaskan , ana mencelah mengenai penjara yang akan dikenakan kepada ibu bapa yang anak mereka gagal membayar hutang PTPTN ini, bukan kerana menjadi pencuri atau perompak, tetapi kerana hendak menjadi pandai mencari ilmu, akhirnya tidur didalam penjara. Nasiblah kita berada didalam Negara yang mewah tetapi inilah balasan kepada rakyat yang ingin menjadi pandai tetapi tidak ada duit.
Menyentuh dalam perkara 152 perlembagaan Malaysia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa Resmi, beliau menyatakan bukan bahasa kebangsaan atau bukan bahasa Malaysia, tetapi Bahasa Melayu adalah bahasa Resmi bertulisan rumi dan tulisan jawi dibenarkan dalam bahasa Melayu, tetapi kalau bahasa Melayu dalam tulisan jawi sahaja adalah bukan bahasa Melayu. Mempersoal perkara 152 menurut beliau adalah kesalahan menghasut. Ada peserta menarik perhatian bab 152 ini dengan mempersoalkan apakah relevannya mengajar Sains dan Mathematik dalam bahasa inggeris dan apakah ianya bertentangan dengan semangat 152 dalam perlembagaan ini, tetapi penjelasan yang diberikan tidak menekankan sangat terhadap persoalan yang ditimbulkan.
Begitu juga persoalan behubung dengan Negeri Islam yang diistiharkan di Malaysia ini, apa yang menarik perhatian juga adalah bila beliau menyebut Serawak adalah satu-satunya negeri yang tidak mengisytiharkan sebagai sebuah Islamic state.
Menyentuh tentang Raja pula dalam perkara 3 perlembagaan malaysia, dua perkara yang ditekan beliau amat menarik perhatian hadirin pada seminar tersebut iaitu pindaan yang dilakukan sejak 1994 dimana kuasa raja telah dilunturkan bilamana undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen , dalam masa 30 hari akan terlaksana walaupun tanpa persetujuan baginda Sultan dan kedua raja-raja boleh didakwa didalam mahkamah khas . Kedua-dua ini berlaku setelah berlaku krisis perlembagaan yang mana semua rakyat masih ingat berlaku diawal 90an dimana himpunan demi himpunan diadakan diseluruh Negara dan segala tingkahlaku raja-raja Melayu didedahkan dimedia sehinggalah pindaan itu diluluskan didalam Parlimen dengan majority lebih 2/3. Masa itu tidak pula kita ingat ada FRU atau pancutan gas pemedih mata dilancarkan kepada rakyat yang membuat demo tersebut.
Semasa soaljawab, ada beberapa perkara yang disentuh tetapi persoalan ini tidak digarap dengan sempurna oleh penyampai seminar, mungkin kerana kesuntukan masa atau kerana alas an yang lain. Antara persoalan menarik adalah apabila seorang pendengar menyoal berhubung dengan samada Malaysia Negara Islam atau tidak dan persoalan hokum Syariah termasuk hudud tidak dijawab oleh beliau, walaupun didalam kertas kerja beliau ada menyentuh perkara tersebut.
Persoalan lain berhubung dengan perlanggaran banyak perkara yang termaktub didalam perlembagaan yang dilakukan oleh pemimpin politik tanah air, apakah pihak kehakiman boleh memberikan nasihat , juga beliau tidak dapat member penjelasan yang memuaskan. Ini ana rasa penting dijelaskan kerana banyak perkara yang diluahkan mutakhir ini mengenai pembangkang saja, padahal yang menyebabkan terhakisnya hak dan penguasaan Melayu Islam itu adalah kerana tidak faham dan tidak peka pemimpin yang lalu memahami dan melaksanakan apa yang terkandung didalam intipati perlembagaan tersebut. SAR dipinggirkan, TSM terlepas tanpa diganti, pengabaian Bahasa Melayu didalam persada pendidikan kita, terhapusnya tulisan jawi, penyebaran Islam sering terganggu dan tersekat dengan pelbagai akta dan undang-undang yang diwujudkan terkemudian dan gangguan kepada kedaulatan raja-raja Melayu sehingga ada yang sanggup mencerca dengan pelbagai perkataan saperti pernah berlaku di Terengganu dan Perlis sedikit masa lalu, pembawaan fahaman baru didalam menterjemahkan Islam dengan berbagai Istilak saperti Islam liberal, Islam hadhari dan Islam modenis dan sebagainya.
Apa yang beliau member penegasan didalam menjawab salah satu persoalan adalah beliau bersetuju akta ISA dikekalkan apabila diminta pandangan berhubung dengan perkara tersebut.
Majlis di’moderator’kan oleh Prof Dato’ Mohd Mustafa dari UUM yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian sebagai penasihat strategic UMNO Kedah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment