Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, August 31, 2009

Merdeka, merdeka, merdeka.

Semalam 31 Ogos , perhimpunan kemerdekaan negara kali ke 52 diadakan di Dewan , satu kelainan daripada yang pernah berlaku sebelum ini dimana kebiasaannya dibuat dipadang dengan kawat dan lintas hormat pasukan beruniform memberikan tabik hormat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dengan dihadiri pemimpin rakyat negeri Kedah dan ketua-ketua jabatan.

Ramai dikalangan hadirin menyatakan program ini menjimatkan banyak wang kerajaan dan atas dasar inilah kemungkinan konsep ini patut diteruskan untuk sambutan kemerdekaan dimasa depan. Walaupun ianya nampak tidak gah saperti perarakan, tetapi demi menjimatkan wang , rasanya ianya perlu diteruskan .
Walaupun dibanyak negeri bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang sedang kita hadapi , inilah bentuk sambutan yang diadakan kerana wabak HiNi yang melanda negara, bagi ana seandainya sambutan dapat memupuk perasaan cintakan tanahair dan mengeratkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum apalah salahnya ianya diteruskan. Banyak maklumat dan informasi yang dapat dipetik dari program semalam daripada sajak yang dideklamasikan oleh Cikgu Mahathir dan ceramahttp://www.blogger.com/img/blank.gifh oleh Prof Dr Sidek Baba , ianya sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada setiap hadirin apa itu erti kemerdekaan dan apakah yang harus kita lakukan untuk mengisi kemerdekaan dan apakah yang terkandung didalam hasrat pemimpin lama yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.
Amat menarik perhatian ana bila sajak yang dibaca oleh cikgu tadi membariskan ramai ulama di Kedah ini yang bersama berjuang untuk menghalau penjajah British diawal semangat kemerdekaan dulu, tetapi nama-nama tersebut tidak terdapat didalam buku sejarah kemerdekaan kita walaupun ramai generasi awal sebelum merdeka tahu bahawa itulah sebenarnya yang sanggup bergolok bergadai berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara, tetapi sesudah merdeka hasrat dan cita-cita mereka semasa memperjuangkan kemerdekaan diabaikan oleh kepimpinan awal negara. Nama-nama saperti Tuan Guru Husin Dol, Pak Ya Junid dan ramai lagi disebut, tetapi dimana nama tersebut didalam sejarah negara kita.
Begitu juga dengan ceramah kemerdekaan oleh Prof Sidek Baba yang menyentuh banyak berhubung dengan perjuangan pasca kemerddekaan , pengisian kemerdekaan dengan wajah kita sendiri tanpa meniru timur atau barat yang merusakkan umat dan bangsa serta kemajuan yang seimbang untuk mengimbangi ketidak samarataan agihan antara kaum atas dasar pemilik asal tanah tumpah darah ini serta apakah seterusnya yang perlu dilakukan untuk mengisikan ruang yang ada untuk dipenuhi oleh generasi akan datang agar kemajuan negara akan terurus dengan baik dan mendapat keredaan Ilahi.
Apa yang menarik juga adalah Titah Ucapan Tuanku Sultan yang menyentuh tentang hasrat Raja-raja Melayu kepada sebuah negara merdeka yang mempunyai rakyat berjiwa merdeka bukan rakyat yang merempit, meragut , menggunakan kuasa untuk kerja-kerja tak baik saperti penyelewengan dana dan salahguna kuasa serta rasuah , kerana semua ini akan menjahanamkan negara dimasa depan.
Moga semangat merdeka terus berkobar dan pengisian merdeka tidak meminggirkan bangsa dan agama kerana satu lagi dunia yang kita akan tempuh dan akan kekal selama-lamanya disana, dan tempat untuk menimba bekalan tersebut adalah disini, bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung ini.
Merdeka.!!

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.