Hari ketiga mangsa banjir ditempatkan dipusat pemindahan kompleks sukan Pendang hari ini menerima kunjungan EXCO Kebajikan dan wanita Kedah YB Ust Aishah Ghazali .
Daripada taklimat yang diberikan didapati seramai 187 mangsa berada dipusat pemindahan daripada 51 keluarga dan 4 mukim disekitra Pendang.
Kampong teramai adalah Banggol Besi belakang masjid , iaitu kawasan paling hampir dengan sungai Pendang. Siang tadi kebanyakan kawasan ukuran air sungai adalah melebihi paras bahaya tetapi suasana agak terkawal kerana arus tidak deras dan kebanyakan kawasan yang air naik sampai kedalam rumah, anggota masyarakat telah berpindah ke pusat pemindahan.
Mangsa paling kecil dipenempatan ini berusia baru 40 hari , terpaksa diberi minum susu menggunakan Ryles tube kerana lelangit terbelah ( cleft palate).
Ada diantara mereka yang terlalu 'desperate' kerana setahun sampai dua tiga kali berpindah kerana rumah ditepi sungai dan permohonan untuk mendapat rumah KEDA
Sempat menolong memasak juadah untuk berbuka puasa untuk mangsa di penempatan tersebut.
Ana dan YB Ust Aishah sewaktu meninjau pusat pemindahan di Kompleks Sukan Pendang.
No comments:
Post a Comment