Apa yang ada pada kuasa Allah yang memberikan juga bagi kali PRK kesembilan di Negeri 9 ini. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu, dijadikan sembilan sebagai dasar untuk semua bertarung pada kali ini, bulan sembilan ( September), mati dalam bulan Ramadhan( bulan sembilan kalendar Hijrah), tahun 2009 di Negeri Sembilan yang menjadi kawasan Parlimen Teluk Kemang diwakili oleh Dato' Kamarul Bahrin Abbas


Diharap kali ini tidak ada lagi pertikaian antara Speaker N9 dengan SPR tentang kekosongan kerus DUN N9 ini dan tidaak akan ada sesiapa yang mungkin mempertikaikan kekosongan kerusi DUN yang akan dinyatakan oleh speaker nanti.
Kali ini rasanya mesti SPR tak lagi mempertikaikan penisytaharan speaker tentang kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang tersebut dimana musuh utama politik tanah air PAS dan UMNO bertarung lagi kali ini. BN kali ini mungkin lebih bernasib baik kerana kawasan teguh mereka yang ada di Kedah , Kota Siputeh tak lagi berlawan kerana diberi perlindungan talian hayat oleh SPR, tapi kali ini mesti mereka mahu bertarung kerana dah tak boleh dipertikaikan lagi kematian ADUN dan pengetasan speaker tentang kekosongan kerusi tersebut, cuma apa yang sedang berlaku didalam MCA dan MIC serta PPP dan UMNO sendiri pasti akan menjadikan mereka sedikit gementar walaupun didalam kubu mereka satu ketika dulu. Dengan jumlah peratus bukan Melayu yang tinggi hasil dari persempadanan semula untuk mengenakan pembangkang suatu ketika dulu, kini akan memberikan tekanan balik kepada mereka hasil ketidak percayaan masyaakat kepada BN hasil ketidakadilan mereka menjadi pemerintah didalam negara yang serba mewah ini. Dengan isu rasuah, penyelewengan, pilih kasih dalam pemberian projek dan kemudahan awam serta agihan kekayaan negara yang tidak adil menjadikan mereka saperti LDP di Jepun yang sudah tumbang setelah 45 tahun memerintah Jepun.
Moga pertarungan kali ini akan lebih sihat dan akan menggambarkan keadaaan senario sebenar politik negara dari segi komposisi kaum terbesar saperti di Bukit Selambau tempoh hari.
Selamat berjuang wahai sahabatku, insyaaalah kemenangan lagi kali ini walaupun yang ke 9 tidak jadi di Kedah, tetapi kesembilan tetap ada tetapi diletakkan oleh Allah secara kebetulan di N9.
No comments:
Post a Comment